Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Tuesday, September 3

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt.


Kunjungan yang tidak dirancang.  Ketika menghadiri majlis perkahwinan di Ipoh pada hari kemerdekaan lepas, kami mencari tempat menarik di sekitar Ipoh.   Alang-alang sudah sampai, jangan lepaskan peluang, moh la kite! :D


Sebelum ini, saya hanya membaca cerita tentang Kellie's Castle ini, tetapi masih belum berpeluang untuk ke sana.  Maklumat lengkap dengan fakta sejarah dan struktur binaan Kellie's Castle boleh dibaca di sini dan sini.  Entri ini lebih tertumpu kepada foto-foto bangunan warisan bercirikan Scottish, Moorish dan India yang dibina oleh William Kellie Smith, seorang warganegara Scotland yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai seorang jurutera awam.  

Selamat datang...




catatan tentang pemiliknya

Gambar serta set ruang tamu ini dihadiahkan oleh cucu Kellie Smith (anak kepada Helen - anak perempuan Kellie) untuk diabadikan di rumah agam ini.

ruang tamu

Kami menuruni anak tangga menuju ke basement yang gelap tanpa sebarang cahaya.  Ianya merupakan ruang penyimpanan arak yang boleh memuatkan sehingga 3000 botol.  Ianya juga merupakan jalan keluar ketika kecemasan yang menghubungkan dengan kuil Hindu yang letaknya 500 meter dari Kellie's Castle ini.  Terowong tersebut telah ditutup oleh pihak muzium pada tahun 2003 untuk tujuan keselamatan.












tangga spiral ke tingkat atas yang sempit



Di koridor inilah dikatakan seorang pelancong pernah dilihat sosok orang putih yang dikatakan roh Kellie Smith itu yang merenung keluar dari tingkap.  Tingkat ini terletak bilik tidur utama dan bilik anak-anak perempuan dan lelaki serta bilik tidur tetamu.





salah satu bilik tidur di tingkat dua

Kellas House - rumah asal

bilik linen



pemandangan hadapan dari Kellie's Castle


Menggigil kaki saya hendak memanjat hingga ke tingkat atas.  G.A.Y.A.T dengan tangga yang kecil untuk ke tingkat atas serta sayup ternampak ke bawah.


Pengunjung boleh berkunjung sehingga ke atas bumbung, tetapi tidak bagi saya, cukuplah sehingga ke tingkat atas saja! :D



Semangat merdeka!









Sedar tak sedar, kami menghabiskan hampir 1 1/2 jam di situ.  Maha suci Allah yang mengurniakan akal dan kepandaian kepada pereka rumah agam ini.  Perancangannya begitu teliti ketika di awal 1900, disediakan ruang untuk beribadat, pakaian, bilik yang diasingkan untuk anak lelaki dan perempuan, bilik tetamu, bilik bacaan, ruang tamu, ruang untuk lif serta terowong bawah tanah untuk waktu kecemasan! 

Bayaran masuk adalah RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak (MyKad). Untuk pengunjung luar negara, RM7/dewasa dan RM5/kanak-kanak.  Waktu lawatan dari pagi (tak ingat jam berapa) - 6 petang.  

** Nota : Jika berminat ingin mendapatkan perkhidmatan fotografi bajet boleh berhubung di email : duatiti@gmail.com ** 

Wednesday, September 19

Hanya 1 Malam @Sungkai

Percutian yang tidak dirancang.  Penginapan juga tidak ditempah terlebih dahulu, 'redah' saja.  Penginapan di Felda Residence Hotspring penuh, yang ada hanyalah Felda Residence Trolak yang jauhnya 14km dari Hotspring.  Kami menginap di Mengkawan, chalet yang baru beroperasi 3 bulan yang letakkan lebih kurang 2km dari Hotspring.  Bayaran untuk chalet berhawa dingin (tanpa bilik) RM150/malam, tidak termasuk sarapan.  Penginapan chalet 1 bilik RM200+ (tidak pasti harga sebenar).  Mereka menyediakan makanan di atas permintaan sahaja (makan pagi RM4/kepala), hidangan lain tidak pasti.  Untuk chalet, tidak ada kemudahan untuk memasak air panas di dalam bilik.  Cuma yang menariknya, chalet ini terletak berhampiran sungai.

Mengkawan Chalet

Petang itu, anak-anak bermandi-manda di Sungai.  Asyik melihat deruan sungai dengan bunyi yang tersendiri.

Sungai Klah

Jernih airnya



Keesokannya, kami antara  yang terawal di Hotspring, seawal jam 8 pagi, sudah berada di kaunter menjual tiket.







Hot pool lengang, seluruh kolam untuk kami dan satu lagi keluarga.

Hot pool, tenang

Hanya 30 minit sahaja berendam...

Cool pool pula

rendam kaki

aktiviti merebus telur

unik nama pokoknya

Private jacuzzi RM75/jam, berbaloi kah?  Entah, tetapi puas hati kerana dapat berendam tanpa gangguan dari orang lain, hanya keluarga sendiri saja.

private jacuzzi

selesai diurut oleh jacuzzi

Dapat tidur nyenyak jika letak kepala di bantal!





Wood trail, perjalanan balik.


mata air panas



Percutian alam semulajadi yang menyegarkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin