Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Thursday, September 6

Cendol Bismillah

Kami berpusing-pusing sekitar bandar Taiping untuk mencari Bismillah Cendol yang terkenal itu.  Lokasi koordinatnya :

E: 100*44'18.6"
N: 4*51'8.6"

Kedainya biasa-biasa saja, tetapi cendolnya sedap.



Laksa ini pun sedap!



Cendol biasa, tiada apa-apa kecuali santan, gula dan cendol, tetapi tetap sedap!




Laksanya cukup pedas dan masam (tak perlu picit limau kasturi), cuma isi ikannya kurang.



Pilihlah menu cendol mana yang disukai



Kedai 1 Malaysia.  Ketika kami makan, ramai pelanggan yang terdiri dari Cina, India, Melayu dan bangsa lain yang turut makan di gerai itu.


Sedapnya... tambahan dengan cuaca yang panas 'lit-lit' (kata orang utara).  

Wednesday, September 5

Muzium Taiping

Muzium kebiasaannya agak membosankan bagi anak-anak, tetapi tidak Muzium Taiping.  Muzium Taiping menampilkan pamerannya yang tersendiri yang disukai kanak-kanak.

bahan pameran yang tidak bernama - mesin apakah ini?

Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian, sebaik memasuki muzium, seksyen tumbuh-tumbuhan dan herba dipamerkan.  Memasuki ruang berikutnya, seksyen Zoological.  Di dewan ini dipamerkan tulang haiwan terpilih serta haiwan-haiwan yang telah diawet.  

1. cendawan, 2. kuda, 3. gajah, 4. ular sawa, 5.harimau

1. tupai, 2. orang utan, 3. rusa, 4. orang utan, 5. musang


Bahagian berikutnya adalah bahagian tenunan, pakaian, perayaan serta tarian bagi kaum utama di Malaysia.






Di bahagian atas muzium adalah informasi tentang penduduk terawal (orang asli) di Malaysia serta barang-barang kegunaan mereka.


Di bahagian bawah, seksyen yang lain pula, dipamerkan permainan tradisional serta seni anyaman negeri Perak.


Di bahagian luar.


Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium.
Dibuka setiap hari : 9.30am - 5pm.  Jumaat : 9.30am - 12pm dan 2.30pm - 5.30pm.

Monday, October 31

Ronda-ronda...Perak

Perjalanan balik ke Pulau Pinang tidak mengikut kebiasaan melalui lebuhraya.  Kami menyusuri jalan lama melalui Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Teluk Intan (B) sebelum bertemu dengan lebuhraya di Tapah (C).



Perjalanan ke Teluk Intan dari Puncak Alam mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam.  Ketika berada di Teluk Intan, teringat akan adanya menara condong.  Rupanya, lokasinya hanya beberapa kilometer saja dari lokasi kami ketika itu.  Kami melencong menuju ke destinasi pelancongan ini ketika matahari memancar tegak di atas kepala.

menara condong Pisa, Italy (kiri) dan menara condong Teluk Intan
(tidak mengikut skala)

Gambar menara Pisa ini diambil pada tahun 1998, ketika itu, ianya ditutup untuk baikpulih.  Menara Pisa berketinggian 55.86m (sumber) dan menara condong Teluk Intan adalah 25.5m (sumber).  

kecondongan menara Teluk Intan adalah ke kiri (pandangan hadapan)

Menara ini dibuka kepada awam tanpa bayaran.  Waktu operasinya adalah 

Selasa - Jumaat : 8pg - 5ptg
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am : 9pg - 6ptg
Isnin : tutup




Di dalam menara.

dilantai bawah


perigi yang mengandungi wang siling (seakan wishing well agaknya)




dinding yang dihiasi dengan hasil tulisan vandalisma

di tingkat pertama




di tingkat kedua

tingkat teratas yang boleh dinaiki




pemandangan dari tingkat 2





watch your step

perigi

Mengikut maklumat yang diberikan, antara fungsi penubuhan menara condong yang dibina pada tahun 1885  oleh seorang kontraktor cina ini adalah sebagai tangki air kepada penduduk bandar serta sebagai penentu waktu - time keeper  dan sebagai mercu tanda bandar.



dua wajah - baru dan lama



Semoga menara warisan ini dapat dipelihara untuk tatapan generasi akan datang serta dapat dipergiatkan lagi aktiviti perniagaan seperti cenderahati yang mengabadikan menara ini sebagai lukisan/ukiran pada cenderahati itu.  

Nota : Gambar-gambar hasil gabungan dari IXUS dan EOS.

Friday, July 22

@Pangkor

Kebanyakan gambar-gambar ini diambil oleh en. suami dengan menggunakan EOS1000D sahaja.  

dari menara memerhati






biasan

lobi

chalet

wakaf

jeti


pemandangan dari jeti



jeti lumut

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin