Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Saturday, June 19

River Cruise

Alang-alang sudah berjalan, berjalan selagi terdaya.  Selesai jalan-jalan cari makan, kami pusing-pusing sekitar Bandar Hilir.  Cadangnya ingin menikmati panorama malam dari Menara Taming Sari, tetapi malangnya tiada tempat parking, di sepanjang jalan dan juga tempat parking, semuanya penuh.  Kami meneruskan perjalanan dan tiba di perkarangan river cruise, kebetulan ada parking, kami ke situ saja.  Bayaran masuk RM10/dewasa dan RM5/kanak-kanak.

Jeti

kincir air Kesultanan Melaka

Masjid Kg Hulu yang dibina pada tahun 1728, dikatakan antara yang tertua di Malaysia

Pirate Park



Kg. Morten (Villa Sentosa)




Forum Perdana sempena Pesta Sungai Melaka

di perkarangan river cruise



Sepanjang 45 minit perjalanan river cruise ini dipenuhi dengan limpahan cahaya pelbagai warna di kiri kanan tebing sungai melaka dan diiringi dengan lagu serta sedikit penerangan tentang tempat-tempat di sekitar sungai melaka.  Menarik.  Namun, penumpang harus berhati-hati kerana sewaktu menaiki bot ini, tiada jaket keselamatan yang perlu dipakai.  Ianya hanya disediakan di dalam bot tersebut di bawah tempat duduk penumpang.  

Friday, June 18

Perancangan yang tidak menjadi...

Suami dan abang ipar menelek brochure tempat-tempat ikan bakar yang menarik di sekitar Melaka.  SMS dan telefon juga digunakan untuk bertanyakan di mana tempat yang 'sedap'.  Saya mencadangkan di Sg. Duyung kerana sebelum ini kami pernah ke Umbai.  Sebelum keluar, suami bertanyakan jiran 'homestay' yang kami diami.  Katanya di Umbai juga.

Ok...ke Umbai.  Dalam perjalanan, ternampak papan tanda yang menunjukkan Umbai - 6 km, Serkam - 8 km, ok.. kita ke Serkam.  Serkam pula.  Semakin jauh perjalanan yang saya rasa sudah melebihi 2 km dari sepatutnya, tidak juga tiba di tempat yang bernama Serkam.  Akhirnya, ternampak papan tanda, kita ke situ sajalah.

bukan ke sini... ini ketika dalam perjalanan


susahnya hendak membuat pilihan... siakap...kembung...lagi...cukup ke?

ketam?  ish.. susah hendak makan... tak payah lah!

pandangan jauh ke kedai menjual pelbagai alat mainan

lambatnya... mana makanan ni?

menanti

ini dia... sotong goreng... kolestrol tinggi... makan saja

kailan ikan masin

siakap bakar tanpa sambal


hanya pari yang dibakar dengan sambal


Di sinilah tempatnya... Umbai juga...



Akhirnya ke  Umbai juga, tetapi kali ini ke gerai lain.  Tetapi, "the best" ikan bakar yang saya pernah makan masih lagi di Telok Tempoyak, Penang.  Jangan marah ye orang Melaka.

Mini Malaysia & Mini Asean


Perancangan asalnya ke tempat lain dahulu, tetapi setelah perbincangan pada saat akhir, destinasi seterusnya ke Mini Malaysia & Mini Asean.  Mini Asean ditutup untuk tujuan penyelenggaraan., jadi kami hanya melawat rumah negeri-negeri di Malaysia saja. Bayaran masuk RM12/dewasa dan RM6/kanak-kanak. Waktu lawatan dari pukul 9pg - 5ptg.  Sesiapa yang membawa kamera, bayarannya RM3 dan video RM5.

Melawat rumah dan perkakasan dapur di rumah lama ini (terutamanya sebelah utara) seakan mengingatkan kembali kepada zaman kanak-kanak saya.  Anak-anak sekarang tidak lagi mengenali periuk tanah tetapi periuk elektrik, alu dan lesung tetapi blender.  Zaman berubah!


terus berangan di atas beca

'spot' wajib untuk mengambil gambar

RUMAH PERLIS

teringat ketika kecil, saya dan kakak pernah menggunakan alu dan lesung ini 
(di Pulau Pinang juga ada)

batu giling ini juga ada... berat ya amat!

adik teruja... bertanya itu ini

berangan bersantai di rumah kampung


RUMAH PULAU PINANG


Memandangkan kami berasal dari Pulau Pinang, rumah ini hanya dilihat dari luar... hehehe.


RUMAH KEDAH

tumbuk apa tu?

alatan untuk memproses dan menyimpan padi

pengukur kelapa (kukuq nyioq - bahasa utaranya)

 dapur


RUMAH PERAK

Abang ipar wajib masuk!


satu ketika dahulu

sangkak ayam (serkap)


RUMAH SELANGOR



teruja dengan tangga rumah lama

Ternampak pula lubang 'undur-undur' di bawah rumah. 
Binatang ini yang selalu dicari ketika masih kecil dahulu di bawah rumah tok (nenek) 

Binatang ini cara berjalannya adalah secara berundur, kerana itulah namanya 'undur-undur'.



RUMAH NEGERI SEMBILAN


berangan...inilah beranda rumahku


Tiba di sini, masing-masing sudah keletihan.  Hanya meninjau-ninjau dari luar saja.


RUMAH MELAKA
 (dengan tangga batu)



RUMAH JOHOR



RUMAH KELANTAN



RUMAH TRENGGANU



RUMAH PAHANG



Ini perlu jelajah.  Rumah Sabah dan Sarawak adalah unik.

RUMAH SABAH


hati-hati...tangga bulat yang licin

berlantaikan buluh

hati-hati memijak kerana bimbang dengan bunyi berkriuk ketika berjalan


RUMAH SARAWAK
(rumah panjang)

Unik!


inginkan sedikit cabaran, cuba tangga ini

lantai buluh


loteng di atas


Sudah pusing seluruh Malaysia... hehehe.  Teramat penat menjelajah.  Tapi anak-anak? Sempat menari di pentas kebudayaan ini lagi.  Ada juga persembahan kebudayaan pada waktu-waktu tertentu.  Ketika kami di situ, persembahannya pada pukul 4 petang.


Penat... berhenti rehat dan makan dulu.



Perlu lawati!



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin