Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Monday, February 23

Jejak Warisan - Muzium Kota Kayang, Perlis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

klik untuk besarkan imej

Klik untuk besarkan imej

Kali ini berpeluang untuk menelusuri kisah yang telah termaktub di dalam sejarah di Muzium Kota Kayang, Perlis.  Lokasi muzium ini merupakan tapak kota pemerintahan Almarhum Kayang I - Sultan Kedah yang ke-15 di mana Perlis merupakan sebahagian dari Kedah ketika itu.  Kota ini dipilih sebagai kota istana kerana kedudukannya yang strategik dari segi perhubungan dan pertahanan.  Kota ini terletak di tebing Sungai Perlis dan hanya 5km dari muara Kuala Perlis serta dikelilingi oleh beberapa bukit yang berfungsi sebagai perisai kepada Kota Kayang.  Peristiwa perebutan takhta kerajaan ketika itu telah menyebabkan Kota Kayang ditinggalkan dan membawa kepada pembukaan Kota Bukit Pinang. Dengan izin Allah, ingin juga menjejaki Kota Bukit Pinang pada suatu hari nanti.  
  

Muzium utama

kitab juzuk Al-Quran bertulisan tangan
Muzium utama ini memaparkan galeri sejarah Kota Kayang, arkeologi dan senjata.  Ada ruang sudut aktiviti untuk kanak-kanak serta perpustakaan kecil yang menempatkan dokumentasi sejarah, foto-foto lama, keratan akhbar, tugasan asal-usul sesuatu kawasan di Perlis, kesultanan melayu dan lain-lain.



peralatan membuat keris



Menurut encik penjaga muzium, telaga Diraja dahulunya dalam dan airnya tawar. Namun, telaga ini ditimbus atas sebab keselamatan.  Begitu juga gua-gua laluan rahsia, katanya lagi, ditimbus tanah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini kerana gua tersebut menjadi tempat persembunyian ular kapak. 



Antara barangan yang dipamerkan di Galeri Kebudayaan adalah alatan pertanian, perikanan, peralatan rumah, permainan, alatan muzik lama.



dari kiri (belakang): batu giling, penapis santan, bekas membuat aiskrim, kebok laksa, dan pengisar beras dan kopi
dari kiri (hadapan) : acuan kuih karas, acuan kuih apam gula merah bakar, acuan kuih dangai dan alat perahan buah-buahan


Antara yang menarik perhatian kami adalah kipas angin tembaga ini :)  Ianya menggunakan minyak tanah untuk berfungsi,



Dibahagian luar galeri kebudayaan...


Galeri Diraja mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad  dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan lain-lain.




Tiada bayaran masuk dikenakan. 



Maklumat terperinci tentang sejarah Kota Kayang, Perlis ini boleh diperolehi dari carian internet.

Thursday, February 5

Pantai Klebang, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Tarikan terkini di Pantai Klebang adalah deretan bas bandaran lama yang sudah diubahsuai untuk dijadikan gerai, hotel serta tandas awam.  Menarik sekali konsep yang diketengahkan untuk memikat para pengunjung ke negeri Melaka.   



bas yang telah diubahsuai menjadi tandas awam



ruang pemandu yang telah diubahsuai





Satu lagi tarikan di Pantai Klebang adalah muzium kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 yang telah dibuka kepada umum pada 1 Disember 2012.  Ianya memberikan pengalaman berada di dalam sebuah kapal selam yang sempit...saya tidak mampu untuk berada di dalam ruang yang bersaiz begini untuk jangkamasa yang lama.  Bagaimanalah agaknya petugas-petugas kapal selam dapat bertahan lama di dalam ruang sebegini.  Terkenang pula kisah di mana para petugas kapal selam The Kursk yang menemui ajal mereka di dalam kapal selam di dasar laut.


























  


Maklumat berkaitan kapal selam (klik untuk besarkan imej).

Bayaran masuk : RM3/dewasa, RM1/kanak-kanak.
Waktu lawatan : 9pg - 5.30ptg.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin