Showing posts with label PhD. Show all posts
Showing posts with label PhD. Show all posts

Sunday, December 13

Kembara Ilmu - Istanbul10 (Bhosphorus Cruise)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Rencana awal yang disusun untuk Bhosphorus Cruise ini tidak menjadi kenyataan setelah penerbangan ke Istanbul tergendala pada hari pertama perjalanan.  Bhosphorus, selat terkenal yang memisahkan antara benua Asia dan Eropah dan menghubungkan dengan Laut Hitam di utara dan Laut Marmara (Mediterranean) di selatan.  

sumber
Kami menyertai cruise ini secara ad-hoc ketika berada Kabataş di pesisir Selat Bhosphorus, secara kebetulan ada feri yang tersedia untuk memulakan perjalanan.  Harga tiketnya adalah 12TL seorang untuk pelayaran melepasi Bosphorus Bridge (Boğaziçi Köprüsü) sehingga ke jambatan kedua - Mehmet the Conqueror Bridge (Fatih Köprüsü) yang mengambil masa sekitar sejam lebih.  Cruise sehingga Laut Hitam mengambil masa yang lebih lama.
Monumen-monumen lama boleh dilihat di sepanjang pesisir selat Bhosphorus ini, baik di sebelah Asia dan Eropah serta camar-camar laut berterbangan mencari rezeki di permukaan air.  Penerangan bermula dengan monumen di bahagian Eropah (di sebelah kiri cruise). 

Galata Tower
Menara asal dibina pada tahun 1348 dan dikenali sebagai the Tower of Christ (Christea Turris) dan berfungsi sebagai menara peninjau.  Menara ini memberikan pemandangan 360° Istanbul.

Dolmabahçe Palace
Ianya adalah pusat pentadbiran Empayar Uthmaniyyah yang terakhir yang telah dibina pada kurun ke-19.  Istana ini telah digunakan oleh Mustafa Kamal Ataturk sebagai tempat kediaman dan meninggal dunia di istana ini.


Jambatan pertama - Bhosphorus Bridge


Ortaköy Camii

Ortaköy Camii ini dibina pada tahun 1853 ketika pemerintahan Sultan Abdulmecid.  Ianya juga dikenali sebagai Great Mecidiye Mosque.

Rumeli Hisarı Fortress
Kubu besar yang terletak di  Sarıyer ini dibina atas arahan Sultan Mehmet II yang terletak di bahagian paling sempit selat Bhosphorus untuk mengawal lalu lintas komersial dan ketenteraan sebagai persediaan untuk pengepungan Constantinople.  Sekarang ini ianya berfungsi sebagai muzium terbuka untuk kunjungan orang ramai.  

rumah-rumah di pesisir selat Bhosphorus yang bernilai jutaan Lira

Camar laut mengintai rezeki di dalam air



Maiden's Tower
Maiden's Tower mempunyai pelbagai fungsi satu ketika dahulu, antaranya sebagai rumah api.  Ianya terletak di pulau kecil yang terletak di pintu masuk selatan selat Bosphorus 200m dari pantai Üsküdar di Istanbul, Turki. 

Friday, December 11

Kembara ilmu - Istanbul9 (Pierre Loti)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Bukit ini mengambil nama seorang penulis Perancis terkenal, Pierre Loti yang memberikan panorama Golden Horn dari tanah tinggi.  Ianya boleh dinaiki samada dengan berjalan kaki atau dengan kereta kabel berhampiran dengan Masjid Eyüp.  
Bayaran kereta kabel ini juga menggunakan Istanbul Kart dengan harga 2.15TL sehala.

menanti giliran untuk menaiki gondola

Perjalanan kereta kabel ini merentasi tanah perkuburan di kaki bukit Pierre Loti.  Pierre Loti tidaklah setinggi gunung Mat Chinchang, Langkawi dan perjalanan dengan kereta kabelnya tidaklah segayat kereta kabel yang merentasi puncak Mat Chinchang :)



8 orang satu gondola

tercungap juga jika mendaki
Di atas bukit ini terdapat cafe, bangunan dan artifak bersejarah serta gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan cenderamata dan aksesori perhiasan wanita.  Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web Pierre Loti ini.

Thursday, October 15

Kembara Ilmu - Istanbul8 (Masjid)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


سبحان الله tidak jemu melihat binaan Masjid di sekitar Istanbul yang rekabentuknya sama di mana-mana sahaja tidak seperti di Malaysia yang memiliki pelbagai ciri rekabentuk mengikut lokasi.  Antara yang terkenal dan menjadi tarikan pelancong adalah Masjid Biru (Blue Mosque atau nama Turkinya Sultan Ahmet Camii - sebutan: Jami).  Apa yang saya faham, di dalam bahasa Turki, Camii adalah masjid dan Mescit (sebutan Masjid) adalah surau seperti yang tertera di lapangan terbang antarabangsa Ataturk ini :)  



Sultan Ahmet Camii


Masjid Biru yang sudah berusia hampir 400 tahun yang dibina ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmed I ini masih utuh dan kukuh dan masih digunakan untuk bersolat lima waktu.





dataran masjid
Mimbar


Ukiran pada kubah tengah





Tidak banyak yang dapat saya katakan tentang reka bentuk dalaman masjid ini kerana saya tidak dapat memasuki ruang ini. 


Eyüp Sultan Camii



Masjid Eyüp terletak di daerah Eyüp di luar tembok Constantinople, berhampiran Golden Horn di bahagian Eropah.  Ianya adalah masjid yang pertama dibina oleh orang Turki Uthmaniyyah selepas penaklukan Constantinople lebih 500 tahun lalu.  Di masjid ini terletaknya makam sahabat Rasulullah ﷺ, Abu Ayyub Al-Ansari yang bercita-cita ingin menakluk kota Constantinople selepas mendengar sabda Rasulullah  yang bermaksud “Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Disebabkan faktor umur tua dan kesihatan yang tidak mengizinkan, Abu Ayyub akhirnya berwasiat agar dikuburkan di bawah tembok kota tersebut kerana ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah dinyatakan oleh baginda Rasul.

Kami menaiki feri dari Eminonu ke Eyüp dan berjalan kaki untuk sampai ke masjid ini.  Suasana agak berlainan dengan persekitaran masjid ini dibandingkan dengan Masjid Biru.  Di persekitaran masjid ini, lebih ramai wanita menutup aurat.  Di sepanjang jalan untuk ke masjid terdapat gerai-gerai jualan seperti bazaar yang menjual pelbagai cenderahati, baju, jubah, tudung, selendang dan wangian. Sesekali hidung menghidu aroma mawar segar yang terkenal di sini ketika melintasi gerai-gerai yang menjual wangian.  








Berwuduk bagi wanita perlu dilakukan di dalam tandas di luar masjid yang dilabel dengan WC dengan bayaran 1TL.  Di perkarangan masjid inilah terletaknya makam Abu Ayyub Al-Ansari. Mendekati makam sahabat Rasul ini, hati menjadi sebak mengenangkan seseorang yang sangat rapat dengan Rasulullah serta perjuangannya ingin membebaskan kota Constantinople ketika itu.

makam Abu Ayyub Al-Ansari

Ada yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan ada yang berdoa di sini.  


kanak-kanak lelaki berpakaian seperti sultan

Ketika berada di situ, kelihatan beberapa orang kanak-kanak lelaki yang berpakaian seperti raja/sultan.  Melalui pembacaan, rupa-rupanya anak-anak ini akan melalui proses berkhatan dan mereka dibawa bersolat di masjid ini sebelum dikhatankan. 

pohon besar bersebelahan makam Abu Ayyub Al-Ansari yang masih berdiri sejak penemuan makamnya


Terdapat juga duit syiling yang dilemparkan ke dalam kawasan berpagar pokok itu.  Hmm....





Di persekitaran masjid ini terdapat banyak kubur di mana antara salah satunya menempatkan jenazah rakyat Malaysia, Allahyarham Ahmad Ammar yang menghidupkan banyak jiwa selepas kematiannya.  



Lokasi masjid ini berhampiran dengan Pierre Loti yang terletak di atas bukit yang boleh dinaiki menggunakan kereta kabel atau berjalan kaki.

- bersambung - 

Wednesday, August 19

Kembara Ilmu - Istanbul7 (Transport Museum)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Transport museum atau Rahmi M Koç Museum adalah muzium utama di Turki khusus kepada sejarah pengangkutan, industri dan komunikasi.  Muzium ini mempamerkan koleksi pelbagai barangan dari sekecil-kecil item sehinggalah ke sebesar kapal dan kapalterbang.

Muzium ini dilawati oleh en suami dan anak-anak sahaja. Apabila ditanya tempat yang anak-anak sukai yang dikunjungi di Istanbul, muzium ini menjadi pilihan mereka.  Sayangnya saya tidak dapat melihat sendiri muzium ini yang terletak di Hasköy, pesisir pantai Golden Horn di sebelah Asia. 




Muzium ini terbahagi kepada beberapa seksyen, iaitu pengangkutan darat, rel, laut,  alat kejuruteraan, alat komunikasi, instrumen saintifik, Model and Toys serta Hands-on.






di dalam kawasan muzium












muzium kapal selam






Muzium 'Time travel in Istanbul' ini sangat dicadangkan untuk dikunjungi.  Bayaran masuk ke muzium adalah :

Dewasa : 12.5TL
Pelajar : 6TL
 
Muzium Kapal Selam
Dewasa : 7TL
Pelajar : 5TL

Antara pengangkutan untuk ke muzium

Untuk lawatan secara maya, bolehlah lawati laman web berikut: Rahmi M Koç Museum.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin