Percutian diteruskan ke KL pula kali ini. Sudah beberapa kali 'percubaan' untuk ke Petrosains tergendala sejak beberapa tahun yang lalu. Kali ini kesempatan diambil untuk berkunjung ke sana lagi. Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tiket untuk masuk ke Petrosains.
Ketika berkunjung ke Kinokuniya, mata saya menangkap wajah seseorang yang amat dikenali. Saya berbisik pada kakak saya, benar ke dia? Di dalam malu-malu, saya dan kakak saya cuba menghampiri dia yang bertubuh kecil dan berambut putih itu. Tiba-tiba ada juga pengunjung di situ yang bercakap-cakap dengannya sambil memegang kamera di tangan. Lega... bukan kami saja rupanya.
Dengan usia yang sudah menjangkau 75 tahun, Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said ini masih kelihatan cergas ke sana-sini. Kami sempat berbual sebentar sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Adik bertanya saya, siapa gerangan datuk itu? Ketika diajak, dia takut-takut untuk bergambar dengannya. Saya menceritakan kepada adik, dia itulah Sasterawan negara yang terkenal, banyak menulis buku. Adik hanya menggangguk-angguk (faham ke dia? entahlah). Suami pula tidak ingin bergambar, kerana dia bukan orang seni katanya, hehehe. Sudahnya, hanya saya dan kakak mengambil kesempatan bergambar dengannya.