Itu baru sakit gigi! Sudah dua hari saya merana kerana gigi geraham bawah kanan yang sudah ditampal beberapa bulan lalu itu sakit. Sakitnya bukan sedikit. Terasa denyutannya sehingga ke kepala. Seluruh sistem badan merana dibuatnya. Ketika sakit hendak bersalin saya masih mampu menahan air mata, tetapi tidak dengan sakit yang satu ini.
Adik kehairanan melihat keadaan saya. Selama ini saya tidak pernah menangis di depannya. Kakak yang perihatin berpesan pada adik supaya tidak mengganggu saya yang sakit gigi! Hehehe... (hanya kerana sebatang gigi).
Saya sudah letakkan ubat gigi ke bahagian yang sakit. Tidak berkesan! Suami menyuruh saya letakkan bunga cengkih di gigi... bagaimana agaknya? Kawan memberi petuanya, bunga cengkih ditumbuk dan diletakkan pada gigi yang sakit. Oh...begitu rupanya.
Ya Allah, semoga sakit yang sedikit ini boleh menghapuskan dosa-dosaku yang menggunung tinggi. Ini baru azab dunia sudah tidak tertanggung, inikan pula azab di akhirat kelak. Ampunkan dosaku ya Allah...
gi cabut jer kat dr. kamal
ReplyDeletedr kamal tu di mana?
ReplyDelete