Showing posts with label madinah. Show all posts
Showing posts with label madinah. Show all posts

Tuesday, May 27

Rezeki yang tidak disangka-sangka...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Ikut logik akal dengan kewangan yang terbatas, tidak mungkin dia dapat menjejakkan kaki ke sini...


... tetapi itulah janji Allah... sesiapa yang dikehendakinya, diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Tawaran dari seseorang untuk menaja pakej umrah serta belanja wang saku yang turut diberikan oleh individu lain diterima dengan sepenuh kesyukuran.  Alhamdulillah.  Allah jualah yang dapat memberikan ganjaran sebesar-besar ganjaranNya kepada individu-individu berkenaan.  

sumber : klik imej

Maka 3 Mei yang lalu, berangkatlah en suami untuk menunaikan umrah bersama adik iparnya.  Hati menangis di dalam... (cemburu!) dan ingin turut serta ke tanah suci idaman setiap umat Islam.  Kewangan yang terkumpul diperuntukkan sebagai bekalan untuk menunaikan haji - InshaaAllah - jika dipanjangkan umur menyambut panggilannya yang dijadualkan 8 tahun lagi..sabar... sabar... InshaaAllah, ada rezeki, masjid nabawi akan dikunjungi, masjidil haram akan dijejaki :( Biarpun hati meronta-ronta untuk ke sana, tetapi apabila mendengar dari penjelasan ustaz dari rancangan Tanyalah Ustaz, duit untuk mengerjakan haji usah diambil untuk mengerjakan umrah, jika ada duit berlebihan dari itu, tunaikanlah....  Sabar dan sabarlah... banyak lagi yang perlu diperbaiki di dalam diri sebelum dijemput untuk menjadi tetamu yang Agung.  Beruntunglah mereka yang telah dijemput terlebih dahulu...cemburunya kerana ada yang telah berkali-kali dapat berkelana ke bumi yang penuh Barakah itu.  Setiap kali mendengar berita sahabat handai yang akan ke sana, terbit rasa cemburu yang tidak terhingga... sabarlah hati...sabarlah.  

Andai di sini kesudahanku...


Pertama kali jugalah saya memandu dari KL - Pulau Pinang dengan ditemani mak, anak-anak dan anak saudara.  Pilihan sendiri untuk mengiringi pemergian en suami di KLIA.  Terasa hati dibawa bersama... ke bumi Rasulullah s.a.w yang tercinta yang disemadikan di sana.  

Alhamdulillah, selama dua minggu saya menguruskan kerja saya dari rumah, terima kasih kepada tuan penyelia yang memberikan 'cuti' untuk tidak ke kampus.  Maka bermulalah hari-hari saya menjadi penunggu setia setiap kiriman berita dan gambar dari en suami sehingga pernah beberapa malam saya termimpi berada di sekitar Baitullah!  Begitulah kerinduan yang tidak dapat digambarkan pada rumah Allah yang mulia, terasa hati ikut sama terbang kesana, tetapi apakan daya... InshaaAllah... yakin dengan janjiNya, hasrat hati akan terlaksana jua.  

dari kamar hotel en suami




Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin). - sumber.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin