Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Thursday, July 12

Buih-buih belon


Buih-buih belon...

indah pelbagai warna
hanya seketika
ditiup angin, lenyaplah ia

Diibarat perhiasan dan harta dunia...

tidak kekal selamanya
hanya di dunia sementara
terpisah jasad dan nyawa
tiada dibawa ke alam sana
hanya
ilmu, sadaqatul jariah dan doa anak yang soleh saja
menjadi tiket ke syurga...




Tuesday, April 10

Rintihan...

Satu hari, saya terdengar tangisan sendu halus dari dalam bilik air.  Saya mencari-cari dari mana datangnya suara kecil itu.

Apabila saya dekatkan telinga ke lantai, kedengaran hiba kecil datangnya dari selipar yang dipakai sehari-hari ketika menunaikan hajat.

"Apa yang menyebabkan kamu kelihatan begitu sedih sekali wahai selipar?"

"Hamba sangat sedih kerana berada di sini..."

"Kenapa pula?"

"Sudahlah rupa hamba hodoh dan murah, ditempatkan pula di dalam bilik air yang jijik ini, tidak seperti sepatu yang berkilat di atas rak kasut itu.  Sudahlah cantik, mahal pula harganya"

"Oh...begitu...janganlah bersedih wahai selipar..."

"Adakah tuan hamba memerli hamba?"

"Tidak wahai selipar.  Cuba fikirkan, apa yang telah kamu lakukan di dalam bilik air ini?"

"Hmm, tuan hamba pakai untuk membuang hajat.."

"Lagi?"

"Tuan hamba juga pakai untuk mengambil wudu'"

"Betul!  Wahai selipar, janganlah kamu bersedih.  Bukankah sunnah Rasul s.a.w memakai alas kaki untuk ke tandas?"

"Ya..."

"Bukankah kamu dibasahi dengan air bekas basuhan wudu'?"

"Ya..."

"Bagaimana dengan sepatu yang cantik itu?"



--- Anda tentukan kesudahannya --- 



Sunday, May 11

Kedamaian

Taman Tasik Taiping

Kedamaian terletak di hati
Hadirnya anugerah ilahi
Kehilangannya jiwa kacau sekali
Tidak tenang, merana diri

Dulu ketika menjadi pelajar ijazah pertama, saya sangat suka menulis sajak, puisi, cerpen, apa saja. Ketika itu, pemerhatian saya begitu peka sekali dengan perubahan yang berlaku di persekitaran saya. Sekarang ini, minat itu masih ada, cuma dek kekangan waktu, saya pendamkan saja minat dan hobi saya itu. Tulisan-tulisan biasa yang lahir dari hati, hanya itu yang dapat dicoretkan. Tidak pula secanggih sasterawan sasterawati negara kita, namun, saya amat mengagumi penulis yang sibuk dengan hal-hal lain, tetapi masih dapat menghasilkan buku-buku atau tulisan untuk tatapan umum.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin