Showing posts with label gerhana. Show all posts
Showing posts with label gerhana. Show all posts

Thursday, October 9

Gerhana bulan penuh (8 Oktober 2014)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam aturan Allah ini secara langsung ketika fasa akhir gerhana bulan penuh sedang berlangsung pada malam 8 Oktober yang lalu. Inilah tanda kebesaran Allah yang menjadikan bulan dan matahari beredar mengikut aturan yang telah ditetapkan.  

Pertembungan ketiga-tiga makhluk Allah ini - matahari, bumi dan bulan - di atas garisan yang sama, maka terjadilah fenomena yang dinamakan gerhana.


sumber : Google

Peredaran bulan dan matahari di atas orbit masing-masing telah dinyatakan di dalam Al-Quran melalui beberapa ayat, antaranya :

Yaasin : 38 - 40



Al-Anbiyaa' : 33



An-Nahl : 12



Subhanallah... sungguh lengkap aturan alam ini yang telah disusun oleh yang Maha Mencipta. Berbekalkan Canon EOS650D / lens 200mm, bersama setting berikut, inilah yang terakam oleh lensa kamera saya.

Exposure time : 1/60 sec
F-stop : f5.6
ISO : 100



Cara-cara untuk menunaikan solat gerhana (imej diperolehi dari Whatsapps)



Monday, December 12

Gerhana bulan penuh @Alor Setar

Cuaca di Alor Setar sangat elok pada malam 15 Muharram yang lalu.  Saya dapat merakamkan gerhana sehingga cahaya bulan gelap dilindungi bumi.  Selepas itu, tidak mampu lagi untuk menunggu cerah semula.

Masjid Al-Bukhary




terasa seperti berada di tanah arab

Hasil 'tembakan' IXUS saja kerana EOS tidak mempunyai lens yang sesuai untuk mengambil gambar bulan yang nun jauh di atas sana.

1. Laman Masjid Bukhary

Kesemua gambar (kecuali gambar 1) saya rakamkan di perkarangan rumah mertua di Alor Setar.  Subhanallah.  Fenomena alam yang mengikut aturan Allah s.w.t.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin