Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

Thursday, July 12

Buih-buih belon


Buih-buih belon...

indah pelbagai warna
hanya seketika
ditiup angin, lenyaplah ia

Diibarat perhiasan dan harta dunia...

tidak kekal selamanya
hanya di dunia sementara
terpisah jasad dan nyawa
tiada dibawa ke alam sana
hanya
ilmu, sadaqatul jariah dan doa anak yang soleh saja
menjadi tiket ke syurga...




Tuesday, July 10

Remang Jingga, Biru dan Kelabu



Pabila alam berbicara
melahirkan gabungan warna
penyeri suasana
sangat indah
SubhanaLlah...


Thursday, April 12

@Menara Alor Setar, Kedah

Jalan-jalan hari cuti...

Ketika sekelian rakyat jelata meraikan pertabalan yang DiPertuan Agong yang baru, kami ke menara Alor Setar serta balik ke rumah mertua.

Ketika kegemparan berlaku gempa bumi di Aceh yang gegarannya terasa ke Malaysia pada petang itu, saya membayangkan jika ketika itu kami berada di atas sana.  Pasti menakutkan.

Pada malam sebelumnya, saya sudah pastikan bateri kamera IXUS saya sudah dicharge sepenuhnya, rupa-rupanya tidak!

Makanya, saya hanya melayan en. suami mengambil gambar pemandangan di sekitar menara.  Saya pula, apabila berdiri lama-lama di tepi platform pemerhati, sudah terasa pening, gayat! walaupun ada pagar dan juga cermin.

Bayaran masuk: RM6/dewasa dan RM3/kanak-kanak.

Menara ini hasil stitching 4 panel gambar.  Kebanyakan gambar pemandangan adalah hasil tembakan oleh en. suami. 

lobi



stadium darul aman (kredit en. suami)

masjid zahir (kredit en. suami)


dataran (kredit en. suami)

Istana Sepachendera (kredit en. suami)

Istana Sepachendera ini dibina pada 1882 oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isteri baginda.


Istana Kuning (kredit en. suami)

Istana Kuning ini sangat berhampiran dengan menara dan merupakan istana kediaman lama Sultan Kedah.


kami di aras 88 meter (kredit en. suami)

perbandingan antara menara di dunia




stitch 3 gambar
Kali ini saya menggunakan Windows Live Photo Gallery saja untuk stitching gambar serta edit.  Saya mula menyukai software ini.  Boleh didownload secara percuma dari internet.  Cuma proses mengeditnya mengambil masa berbanding Photoscape.


Friday, April 6

Periuk Kera @Bukit Bendera

Pelbagai spesis periuk kera yang ada di Taman Periuk Kera itu, katanya melebihi 100 spesis, yang saya rakamkan, berapa saja.  



Ada yang kelihatan seperti ular tedung yang sedang mengembangkan kepalanya, kecil besar, bulat dan memanjang dan comel.  Layankan saja gambar-gambar.  Saya di dalam mood kemalasan untuk edit serta meletakkannya di dalam frame.  Ini pun sudah ditapis dipilih untuk dipaparkan di sini.  Jika ada yang sedang membuat kajian/kertas kerja tentang periuk kera, di sini mungkin tempat yang sesuai untuk dikunjungi.


Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia. Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.
Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).


[sunting]Habitat

Kadang-kala terdapat di paya gabus, kerangas, katu kapur, hutan dipterocarp bercampur, hutan submontane dan montane, dari paras laut sehingga 2,700 meter dari paras laut.

Spesis Periuk kera:


- sumber Wikipedia

Lagi informasi tentang spesis periuk kera yang wujud di Malaysia di sini.




Saya mengusik adik, pokok itu boleh makan jari yang dimasukkan ke dalam corongnya... hahaha... sabar sajalah dapat mak yang suka mengusik!  Adik takut-takut tidak berani memegang periuk kera tersebut.














ini bukan periuk kera

Shoot terbaik rama-rama yang sedang hinggap di bunga oleh en. suami.  Seorang amatur yang sedang cuba mengambil objek bergerak tanpa menggunakan tripod.








antara spesis yang besar


















perbandingan dengan botol air 500ml






nota : Gabungan dari ixus 105 dan eos1000D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin