Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Sunday, February 13

Bersedia...

Barang-barang sudah hampir 90% sudah dimasukkan ke dalam kedai.  Barulah nampak ruang sudah dipenuhi berbanding dengan seminggu yang lalu sewaktu mesin fotostat belum lagi dimasukkan ke situ.  Stok barangan akan ditambah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian bajet. 


Anak-anak asyik membelek beberapa alatulis yang berkenan di hati, sedangkan alatulis berkenaan sudah pun ada di dalam beg sekolah masing-masing.  Inilah jadinya apabila abahnya sendiri memiliki kedai alatulis.


Teringat ketika di zaman sekolah rendah, saya dan rakan-rakan asyik berulang-alik ke kedai mamak berhampiran sekolah sewaktu menunggu bas untuk balik ke rumah.  Begitulah perasaan  anak-anak agaknya melihat pelbagai barangan yang menarik di depan mata.

Tinggal sekarang ini, masa untuk mengemas rumah pula.

Sambil-sambil

Beg-beg ini sangat comel dan cantik untuk dimiliki.  Bahan buatannya juga dari kain yang tebal dan bermutu tinggi.  Jualan ini hanyalah sambilan untuk menambahkan kerja saya hehehe.

Saturday, February 5

Kedai 2 TT


Baru-baru ini, suami sudah mendapat kunci kedai barunya.  Masing-masing teruja terutamanya adik!  Apabila pintu kedai dibuka, adik terlompat-lompat, entah bagaimana perasaannya yang sebenar, tidaklah saya ketahui.  Tetapi, dari aksinya saja, saya dapat mengagak, dia sangat-sangat teruja.  Kedainya sederhana saja berukuran 11' x 15'.  Alhamdulillah, sebagai tapak permulaan untuk perniagaan yang harapnya semakin berkembang nanti.  Cuti sempena Tahun Baru Cina dimanfaatkan untuk membantu suami menyusun barang-barang di kedainya.  Mujur juga kedainya berdekatan dengan rumah.

reaksi adik sebaik pintu dibuka

rak pertama yang dimasukkan, ada pembantu yang membantu atau mengacau?

Barang-barang belum sepenuhnya lagi dimasukkan. 

 barang-barang yang semakin banyak

netting yang memuatkan barang-barang yang boleh disangkut

InsyaAllah, katanya cuba dibuka sempena Maulidur Rasul nanti, bersempena kelahiran junjungan mulia Rasulullah s.a.w, maka, lahir jugalah kedai 2 TT ini.

Friday, January 21

Persiapan


Baru-baru ini, suami telah berjaya di dalam temuduga untuk menyewa kedai di perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah.  Dia sangat teruja kerana sebelum ini, sememangnya "pejabat operasi" adalah di rumah kami.  Rumah kami sudah seperti kedai sepahnya.  InsyaAllah, setelah hampir 2 tahun beroperasi, rasanya, kini sudah mampu untuk menyewa sebuah premis.  Semoga rezeki akan terus bertambah.

Pelbagai barang baru harus disediakan untuk membuka kedai.  Jika dahulu, barangnya boleh dilonggok saja di satu sudut, tetapi sekarang ini, semolek-moleknya digantung.

 tempat gantungan baru

 tempat gantungan keychain

baju muslimah

 comb-binding yang sedia ada

mesin fotostat yang bakal berpindah

Ini adalah antara barangan yang sedia ada.  Ada lagi alatulis yang masih belum disediakan.  InsyaAllah, menjelang Februari nanti, segala stok akan bertambah.  Untuk sahabat dan rakan yang terdekat yang turut menyokong perniagaan suami saya, terima kasih di atas sokongan semua dan teruskanlah memberi sokongan kepada kami.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin