Showing posts with label barang keperluan. Show all posts
Showing posts with label barang keperluan. Show all posts

Saturday, October 1

Mencari tempat borong

Bagi yang berminat untuk memborong kain baju untuk jualan, anda boleh ke pasar 'kemboja' di Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal.  



Pasar hari ini hanya dibuka pada hari Isnin dan Jumaat, dari jam 7pg hingga 12tghari.  Gerai-gerai ini letaknya di antara rumah-rumah kampung.


Ini saja hasil belian kami.  Perlukan lebih masa untuk memilih barangan yang diperlukan.  Pelbagai pilihan tudung kanak-kanak dan dewasa ada dijual.  Sediakan masa dan ongkos untuk ke sana.


Sunday, June 8

Barang-barang Keperluan

Berapa ramaikah antara kita yang perihatin dengan barang keperluan yang kita gunakan setiap hari? Berapa ramaikah antara kita yang perihatin untuk menaikkan ekonomi orang-orang Islam kita sendiri?

Baru-baru ini saya berkesempatan membeli ayam organik keluaran HPA. Saya tiada apa-apa saham ye di dalam HPA, tetapi sebagai pengguna, saya cuma ingin mencari kesucian di dalam barang keperluan seharian, itu saja. Bukan saya mengatakan yang lain tidak halal dan suci, tetapi, tetapi saya memerlukan barang yang saya tidak ragu akan status halal dan kesuciannya untuk digunakan. Bukan produk HPA saja yang digunakan, ada lagi produk-produk lain yang setara dengannya yang dihasilkan oleh BioSirih, Halagel, dll. Antara barangan yang keluarga saya ambil:

set pencuci saya.. hehehe

kapsul-kapsul ubatan suami saya

kopi suami saya

teh yang diminum suami saya

saya minum kopi ini...keluarga BioCafe

ubat gigi Halagel

Ini antara barangan keperluan yang digunakan. Ada lagi seperti sabun, minyak angin dsbnya. Walaupun bukan 100% lagi barangan yang digunakan dihasilkan oleh orang kita, namun, saya mohon kepada Allah, niat saya ini mendapat keberkatan dari Allah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin