Saturday, June 8

JJMS...

Jalan-Jalan Menyusuri Sungai selepas JJMK.  River cruise ini dicadangkan oleh rakan wargakilang.  Perkhidmatan ini bertempat di Medan Ikan Bakar (MIB) di Kuala Besar, PCB.  Dengan bayaran RM20/dewasa dan RM10/kanak-kanak, sangat berbaloi dengan pemandangan yang dapat disaksikan sepanjang river cruise ini.  Kami mulakan cruise jam 9 pagi dengan air yang tenang.

menyusuri sungai ini

pemandu bot, En. Faizal

bot untuk mencari rezeki

Bot-bot kecil menjadi 'teksi air' bagi mereka untuk berulang-alik ke bandar, membeli barangan, pindah-randah, ke sekolah atau kenduri-kendara dengan bayaran 2 riyal (RM2).  Menurut En. Faizal, ada juga anak-anak muda yang bekerja di bandar, mereka tinggalkan kenderaan mereka di sebelah tanah besar, dan menggunakan 'teksi air' ini untuk berulang-alik dari rumah mereka di pulau ke tempat kerja mereka.

teksi air



Tempat pemeliharaan ikan air tawar di tebing sungai, antaranya ikan patin.

sangkar pemeliharaan ikan




Pada waktu pagi, aktiviti mandi-manda dan membasuh pakaian dijalankan di tepi sungai, seperti yang dapat kita lihat di dalam filem lama.


bersedia untuk terjun!


aktiviti keluarga

rumah di tepi sungai



Kami dibawa ke perkampungan (pulau) Pantai Suri yang rata-rata kaum wanitanya mengusahakan kuih kapit.  Kuih kapit di sini menggunakan tepung gandum berbanding yang biasa mak saya buat menggunakan tepung beras.

berhenti sekejap di kampung ini

menggunakan dapur gas

kuih kapit gulung

seronok berendam di dalam sungai (nampak kepalanya)



Istimewanya nelayan di sini (menurut pemandu bot kami), mereka memakai kain batik dan bukannya kain pelikat.  

pak cik nelayan


perkampungan nelayan

Aktiviti seterusnya, minum air kelapa.


kelapa muda segar





penghantaran tong gas!


di pesisir pantai

Memandangkan air agak tenang dan ombak tidak kuat, En. Faizal dapat membawa kami keluar sehingga ke laut PCB untuk menyaksikan fenomena air sungai bertemu air laut.  Subhanallah, dari kejauhan dapat dilihat garisan pemisah antara sungai dan laut itu.  Kami berada di 'atas garisan' pertemuan air sungai dan air laut.  

kiri laut, kanan sungai.  Kurang jelas di dalam gambar tetapi jelas pada mata kasar

kiri laut, kanan sungai

digelapkan untuk melihat garisannya.  Kiri sungai, kanan laut

gambar asal, kiri laut, kanan sungai






nelayan kecil-kecilan

pemandu bot baru

Tidak terasa masa berlalu selama 2 jam.  Pengalaman ini sangat mengujakan terutamanya dapat menyaksikan sendiri fenomena pertemuan air sungai dan air laut yang tidak bercampur.  Sangat-sangat dicadangkan pergi di waktu pagi kerana airnya tenang dan kurang berombak. 

Lokasi jetinya : Medan Ikan Bakar (MIB), Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar
Pengusaha : Masseroja Travel & Tours Sdn. Bhd.
Tel : 013 - 967 1202

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin