Seni mempertahankan diri digalakkan untuk mempertahankan diri, hartabenda, keluarga, agama, bangsa dan negara. Antara sunnah Rasul adalah menunggang kuda serta memanah (sebagai seni mempertahankan diri). Islam tidak berkehendakkan muslim yang lemah dan layu, tetapi mahukan muslim yang kuat dan teguh.
-ustaz Hanafiah, Usrah, TV3, 010313
Anak-anak teruja menyertai salah satu cabang seni mempertahankan diri taekwondo. Saya juga teruja melihat anak-anak bertali-pinggang pelbagai warna yang menyertai latihan mesra bersama jurulatih dari Korea baru-baru ini dengan pelbagai aksi mereka. Ada yang sekecil 6 tahun sudah menyertai seni ini.
Sebahagian dari peserta bergambar bersama jurulatih |
Jurulatih Malaysia dan Korea |
Kakak juga memilih aktiviti memanah sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya. Bukan saja dapat menghidupkan sunnah, harapannya (impian ;) ) untuk melihat kakak dapat melangkah lebih jauh lagi dengan sukan memanah ini, Inshaa Allah.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?