Selepas mendapat perkhabaran tentang seorang sahabat lama yang tertimpa kecelakaan kerana terjatuh di rumahnya, saya tidak berfikir panjang untuk menziarahi sahabat yang sudah hampir 23 tahun tidak bertemu ini. Lamanya masa untuk kami bertemu semula setelah meninggalkan alam persekolahan menengah dahulu, padahal, kediaman kami tidaklah jauh mana dan kawasan rumahnya juga menjadi laluan saya berulang dari USM - rumah :) . Aduhai, tidak juga pernah terserempak antara satu sama lain di kawasan pasaraya berdekatan yang kadang-kadang menjadi kunjungan kami :D . Begitulah aturan Allah, bukannya tidak teringat teman-teman sekolah, tetapi itulah, belum diizinkan bertemu agaknya.
Bila teringatkan aktiviti dan gelagat kami ketika di sekolah menengah dahulu, pasti saya akan tersenyum sendiri. Masa itu... :)
Didoakan @Little caliph @Linda mendapat kesembuhan segera dari keretakan tulang di buku lalinya dan dikurniakan kesabaran menerima ujian dari Allah ini.
@};-
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?