Sunday, April 22

Sesuatu yang boleh dicuba

Murah dan mudah dari sumber organik.  Tomato.


Saya tidak ingat saya menontonnya di dalam rancangan tv yang mana.  Gunakan tomato segar sebagai scrub muka.  Saya sudah mencubanya.  Kakak dan adik juga teruja untuk mencubanya.  Kulit muka terasa segar.  Adik mengatakan gebu!  Hirisan tomato dioles ke muka, biarkan kering dan bilas.  Untuk lebih kesegaran, ambil seketul ais dan oles ke muka.  Ia bertindak sebagai toner.

Ketika menonton rancangan Saffiya pula, ada ditunjukkan bagaimana untuk membuat toner menggunakan bahan organik - timun pula.  Caranya, beberapa hiris timun dikisar bersama air (jika boleh air tapis/mineral).  Selepas dikisar, tapis ambil airnya saja.  Simpan air timun tersebut di dalam peti ais selama 30min.  Katanya toner ini boleh digunakan selama 1 - 2 minggu.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin