Hari kedua bertolak balik ke rumah mak saya. Itu yang telah dipersetujui kami suami isteri. Jika raya pertama di rumah mak, raya kedua sudah berada di rumah mertua, begitulah sebaliknya.
Anak-anak sudah kebah demam mereka. Alhamdulillah. Bimbang berlarutan juga, tambahan pula kedengaran di sana-sini anak-anak yang demam panas. Awal-awal lagi sudah bersedia dengan ubat demam dan kebetulan, ketika berada di rumah mak long, ada pula kelapa muda. Airnya itulah yang diberikan kepada mereka untuk diminum dan mereka sememangnya gemarkan air kelapa muda. Sepanjang Ramadhan lalu, kakak sentiasa meminta air kelapa muda sebagai minuman untuk berbuka.
Aktiviti berziarah di petang raya kedua sangat padat. Ada enam buah rumah yang kami singgah pada petang itu. Kesemuanya di sekitar rumah mak, hanya berjalan kaki saja.
kumpulan nasyid |
si tembun |
Aktiviti berziarah di petang raya kedua sangat padat. Ada enam buah rumah yang kami singgah pada petang itu. Kesemuanya di sekitar rumah mak, hanya berjalan kaki saja.
Petangnya, kawan sekolah menengah yang bekerja di KL yang sudah 13 tahun tidak berjumpa berkunjung ke rumah mak. Mereka di dalam rangka lawatan berziarah kawan-kawan di utara (kawan saya menulis di dalam facebooknya, "Raya Rayau").
bersama K dan keluarga dan Roslina T |
Hari seterusnya, kami berjalan lagi ke 4 buah rumah mak/bapa saudara yang tinggal agak jauh dari rumah mak.
mereka bersepupu |
Hari berikutnya, rumah mak menjadi tumpuan kunjungan oleh sepupu mak dan juga kawan-kawan anak saudara saya. Berkali-kali menggoreng bihun singapore, juadah yang paling ringkas untuk disediakan dan juga kuew teow goreng. Setiap kali gorengan, setiap kali itulah juga anak-anak makan dan makan lagi. Sudahnya, seharian tidak menjamah nasi.
bersama Azmir (ome) sekeluarga |
Sabtu pula saya menerima kunjungan dari rakan semasa di PPP/ITM dahulu yang juga agak lama tidak berjumpa. Hampir seminggu bercuti, padat dengan acara kunjungan saja. Ahad pula menerima jemputan kenduri nikah serta rumah terbuka. Hari bekerja mulakan puasa, dan hari minggu sudah diisi dengan acara rumah terbuka serta kenduri. Harap-harap tidak melangkaui berat yang turun semasa Ramadhan tempohari hehehe.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?