Monday, July 4

Minggu Aktiviti - Pantai Merdeka

Sebagai menunaikan janji dengan anak-anak, pagi-pagi Ahad, kami telah bersiap-sedia untuk ke Pantai Merdeka.  Menjelang jam 7, hujan mencurah-curah turun.  Kami menanti juga jika hujan akan reda.  Di dalam renyai-renyai kami bertolak.  Sepanjang perjalanan, hujan masih lagi turun.


Di Pantai Merdeka, hujan masih lagi belum reda.

Kita bersarapan dulu dengan bekalan yang dibawa
Selepas makan, jalan-jalan dulu di pantai
hujan lagi
ada yang dengan kameranya
ada yang dengan jorannya
tiba masanya, apa lagi...
saya hanya merendam kaki + menjadi jurukamera
Selesai berendam, bermain pula
selesai sudah, mengadap lagi bekalan yang dibawa
Pantai Merdeka juga mempunyai Resort yang mempunyai kolam renang serta beberapa chalet berhampiran. Selesai bersantai di Pantai Merdeka, kami menaiki bot menuju ke Tg Dawai yang terkenal dengan hasilan laut seperti bilis.  Trip ini disertai oleh mak, kakak dan abang ipar yang datang kemudiannya.  Ada dua pilihan untuk ke Tg. Dawai, samada memandu ke sana atau dengan menaiki bot dari Pantai Merdeka yang dikenakan RM2/kepala.  Perjalanan bot ini hanya mengambil masa sekitar 3 - 5 minit saja.

dari google map


utamakan keselamatan
bot balik yang lebih kecil yang mempunyai 'sun roof'
 

mak agak ketakutan untuk menaiki bot
 Kebetulan rombongan di Raja juga turut berada di kawasan tersebut untuk menghadiri acara di situ.

dapat bergambar dengan kereta pun memadai
 

Selesai aktiviti di Tg. Dawai, kami ke Pulau Sayak pula.  Pulau Sayak bukanlah "pulau" sebenarnya.


untuk menikmati ini
Terdapat 2 atau 3 gerai/restoren di Pulau Sayak ini yang terkenal dengan mee kuahnya, tetapi kami juga tidak pasti, yang mana satu yang benar-benar special.  Yang kami kunjungi ini restoren udang laut katanya.  Harga sepinggan mee kuah special lebih kurang RM10 (bukan saya yang membayarnya).  Boleh juga dicampur dengan sotong.  Kata suami, kuahnya lebih sedap berbanding mee udang banjir di Kuala Sepetang.  Saya?  biasa-biasa saja dan tidak berapa ingat kesedapan mee di Kuala Sepetang (mee kuah mak saya sedap lagi rasanya hehehe). 

kami memilih pondok di tepi laut
adik seronok pula mengintai
Akhirnya....

keletihan!
Alhamdulillah, walaupun 'percutian' setengah hari yang menjimatkan, yang pentingnya anak-anak sangat gembira.  Kasihan mereka, ketika cuti sekolah tempohari, tidak dapat ke mana-mana kerana kesibukan abahnya mengejar dateline kerja dan saya juga sudah mula kuliah.

Suami sudah merancang, hujung minggu di minggu-minggu akan datang akan ke pantai di sebelah Tanjung pula (Pulau Pinang).

2 comments:

  1. Seronok bila anak2 gembira kan kak hasfa... Tengok gambar durian dalam post lepas nampak sedap ajee..Dah boleh makan kot..:-)

    ReplyDelete
  2. misa, betul tu. Kegembiraan mereka adalah kegembiraan kita juga. Dulu akak suka durian, semenjak dua menjak, sudah semakin berkurangan. Sudah habis pantang, boleh kot... apa-apa pun, cuba sikit dulu, jika rasa badan 'semacam' saja, jangan makan hehehe.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin