Buah rambutan di rumah mak. Sesetengah pokok sudah hampir 'gondol' manakala yang lain-lain masih ada yang kehijauan dan kemerahan buah.
Semalam, suami membawa balik 8 biji manggis. Teman yang ke dusun memberikan kepadanya. Dan semalam juga anak-anak sudah menghabiskan 2 biji seorang. Masih berbaki 4. Saya masih belum lagi mengambil bahagian saya. Tadi, 2 biji sudah dihabiskan oleh budak berdua itu.
Adik berkata kepada saya, "ummi, buah tu tak makan lagi. Nanti buah tu berkulat tak boleh makan". (saya faham benar kiasan adik itu. Indirectly, dia ingin berkata, "jika ummi tak mahu, bagi adik"). Hahaha. Akhirnya, saya habiskan juga yang 2 biji itu sebelum menjadi 'batu belah batu bertangkup' kempunankan buah manggis!
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?