Wednesday, June 22

Bising-bising tidak kemana

kartun kegemaran adik suatu ketika dulu sekarang di TV2
 
Di saat dewan bergema dengan suara lantang untuk mendesak astro supaya tidak menaikkan yuran langganan, kami sudah mengambil langkah yang lebih drastik lagi, menamatkan langganan astro yang telah bertapak paling kurang 6 tahun (tidak ingat tarikh sebenar langganan) beberapa bulan lalu.  Cukup-cukuplah mengkayakan tuan punya astro sehingga dimasukkan ke dalam senarai antara jutawan yang terkaya di Malaysia.  

Mungkin tindakan seorang pelanggan tidak mendatangkan apa-apa kesan, tetapi bagaimana jika yang lain beramai-ramai mengambil langkah yang sama.  Pastinya astro akan 'gelabah' kerana langganan yang semakin berkurangan.  Maka selepas itu, datanglah segala bentuk promosi untuk langganan akan datang, sebagai kami yang sudah 2 kali menerima surat untuk memberikan rebet untuk menyambung semula langganan. 

Memang tidak dinafikan, banyak program ilmiah juga ada seperti Discovery, National Geographic dan seangkatan dengannya, dan juga tidak dilupakan juga Imam Muda!  Tetapi...tidak rugi apa-apa kerana masih banyak maklumat yang boleh diperolehi dari internet. 

2 comments:

  1. macam nak kena ikut je..penyewa baru di kondo x mau astro. nak bawa balik rumah satu gheja la plak..kang lekat dpn tv ja..may be the best is stop langgan.

    ReplyDelete
  2. nak bawa balik nanti ada kos nak pasang (kalau boleh pasang sendiri ke bumbung, tak ada kos)

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin