Hampir 10 hari di dalam 'alam mengandung' cukup mengujakan. Dan 10 hari tempoh dugaan keguguran juga tidak kurang hebatnya. Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk ujian ini kerana itu tandanya Dia masih sayangkan saya.
Alhamdulillah, tengahari tadi setelah pemeriksaan susulan dilakukan, saya terasa amat-amat lega kerana doktor mengesahkan rahim saya sudah kembali ke asalnya dan juga tiada 'sisa' yang tertinggal, bermakna tidak perlu D & C. Selepas pemeriksaan, doktor juga memberi nasihat tentang kehamilan seterusnya serta risiko-risiko yang bakal dihadapi setelah mengalami keguguran. Saya dan suami tidak melepaskan peluang bertanyakan beberapa soalan untuk mendapat pandangan dari doktor pakar tersebut. Satu nasihat doktor yang saya rasa perlu dikongsi dengan pembaca sekelian (jika ada yang mengalami keguguran), jika hamil selepas itu, jangan bersama suami sebelum 10 minggu usia kandungan. Itu nasihat doktor, terpulang kepada sesiapa samada ingin menerimanya atau tidak.
Take care, Ilah :/
ReplyDeleteTerima kasih...
ReplyDelete