Saturday, April 23

Menyerah Diri...

Setelah membuat imbasan ke-3 di klinik panel pada hari Jumaat pagi, doktor terus membuat surat rujukan ke hospital.  Penuh sehelai kertas dengan coretan dan gambarajah dengan tulisan doktornya (ada juga yang saya faham) bersama kepilan salinan gambar imbasan yang ditandakan 'incomplete miscarriage'. Surat itu saya perlu berikan kepada doktor nanti.


Tengahari tadi, setelah menyediakan persalinan jika perlu masuk wad, anak-anak saya hantarkan ke rumah mak saya.  Kami menuju ke Hospital Pakar Perbidanan di SP.  Saya sudah bersedia dari segi mental untuk melalui proses yang saya katakan sebelum ini 'menggerunkan' saya - D & C.  Sementara menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor, jantung berdegup kencang seperti hendak tercabut dari tempatnya.

Sesudah berbual seketika dengan doktor pakar, sekali lagi imbasan dilakukan.  Katanya, tidak perlu dilakukan prosedur itu, kerana sudah tinggal sedikit.  Doktor mencadangkan dibiarkan turun dengan sendirinya di dalam tempoh seminggu lagi.  Lagipun, pendarahan saya sudah semakin berkurangan,  Minggu hadapan, jika masih ada lagi yang tertinggal, barulah perlu dilakukan prosedur itu.  LEGA.

Kasihan adik apabila saya beritahu yang 'adik'nya tidak sihat dan dia tidak akan jadi kakak lagi.  Saya minta adik doakan supaya dia akan mendapat adik lain nanti.  Katanya, nanti adik akan sembahyang dan minta doa supaya adik dapat 'adik' lain.  InsyaAllah adik.  Kita doakan.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin