*topik lain* - permohonan biasiswa saya tidak berjaya. Tidak mengapa, Allah belum mengizinkan saya untuk melaluinya lagi kerana Dia mempunyai perancangan yang terbaik untuk saya.
------------------------------------------------------------------------
Sudah berkali-kali adik bersuara kepada saya,
------------------------------------------------------------------------
Sudah berkali-kali adik bersuara kepada saya,
"Ummi, nanti bila adik sudah 7 tahun, janganlah panggil adik lagi"
"Kenapa?"
"Adik kan dah besar, darjah 1, mana boleh panggil adik lagi, kenalah panggil kakak..."
"Ooo, tapi kalau adik nak panggil kakak, adik kenalah ada 'adik', barulah boleh panggil kakak", kata saya secara bergurau.
Adik tersenyum simpul.
Nampaknya, makbul kata-katanya itu. Allah Mendengar kata-katanya untuk menjadi 'kakak' maka dianugerahkan gelaran 'kakak' itu kepadanya, InsyaAllah.
Lewat 10 hari dari kunjungan biasa, badan juga terasa kelainannya. Bisik hati, mungkinkah?....
Sememangnya sejak menamatkan pengajian Masters pada 2009, saya dan suami merancang untuk menambah anggota keluarga. Namun, perancangan manusia tidak seindah perancangan Allah.
Ramai yang bertanya, tidak ingin mempunyai ahli baru kah, atau sudah cukupkah dengan dua saja? Hanya jawapan standard, "belum ada rezeki". Setiap rezeki, ajal maut, samada pasangan itu dikurniakan anak lelaki atau perempuan, atau tiada anak, itu adalah rahsia Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Alhamdulillah. Ujian yang dilakukan sendiri mengesahkan bisikan hati. Ketika ditunjukkan kepada suami yang baru pulang dari kedai lewat malam itu, dia melihat sambil berkata, "Ada orang baru?"
Sambil duduk di sofa, kami berbincang tentang kelahirannya. Mengikut kiraan saya dengan bantuan dari laman web pregnancy, usia kandungan baru menjangkau 5 minggu dan tarikh jangkaan kelahirannya adalah pertengahan Disember. Kemungkinan lebih awal kerana sudah tentu saya akan melaluinya sekali lagi secara caesarian. Selalunya, tarikhnya lebih awal lagi dari EDD (Expected Due Date).
Apabila saya memberitahu anak-anak tentang kehadiran baby baru, mereka teruja. Adik inginkan adik lelaki, kakak pula, adik perempuan. Saya berkata kepada mereka, doalah supaya dapat lelaki pula, supaya abah ada kawan. Kesian abah, tak ada kawan untuk ke masjid. Adik mencelah, "kan abah ada ramai kawan pergi masjid". Sabar sajalah.
Mereka sudah berebut-rebut untuk menamakan adik mereka.
"Adik suka nama macam abg Amin (sepupunya)".
"Kakak suka Asyraf. Asyraf Al-Amin. Ada nama Amin juga."
"Oooooo...kakak suka imam muda Asyraf ya......", riuh rendah di dalam kereta saya mengusik kakak sambil adik mencelah juga. Merah-merah muka kakak yang berkilat baru balik dari sekolah menahan usikan.
"Patutlah hari tu kakak tanya, bila imam muda Asyraf nak datang lagi...",
"Mana ada!", kakak menjerit.
"Kalau perempuan, kakak suka nama Nurul Natasha"
Yang saya tidak boleh tahan adalah dengan soalan adik, "Ummi, macammana baby jadi?", Erk... apa saya nak jawab untuk soalan anak yang berumur 6 tahun?
Selepas sehari mendapat keputusan itu, kakak membawa balik jeruk mempelam yang dibuat sendiri oleh ibu sahabat baiknya. Wah...sedap juga. Macam tahu-tahu saja... hehehe. Itulah rezeki namanya.
Setakat ini, Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan seperti anak 1 dan 2. Setakat pening-pening biasa dan loya-loya sedikit, ada juga. Dahulu, saya tidak dapat menghidu bau hanyir ikan dan seangkatan dengannya. Makanya, suami yang ditugaskan membeli ikan 'ready made' (selalunya ikan yang tidak perlu disiang seperti tenggiri yang sudah siap dipotong) di pasar. Saya hanya duduk jauh-jauh saja. Sekarang ini, Alhamdulillah, biasa-biasa saja, dapat lagi menghidu sebarang bau.
Sehingga kini, saya masih lagi berkira-kira untuk membuat pemeriksaan pertama. Tunggulah. Harap-harapnya saya dapat melalui tempoh ini dengan sabar dan diberi kekuatan oleh Allah untuk melaluinya sehinggalah si kecil selamat melihat dunia penghujung tahun ini InsyaAllah. Doakanlah ya.
Congrats :) Jaga diri baik2 .. itu perancanganNya, suruh dapat boy untuk jadi member suami then baru boleh ambik phD :) InsyaAllah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..Tahniah..bertambah ahli keluarga..hehehe
ReplyDeletePet...terima kasih. InsyaAllah
ReplyDeleteKak...nanti ada baby in the house... adik dah tak jadi baby lagi dah la :D
alhamdulillah..tahniah puan..:)take care
ReplyDeleteTerima kasih Lin, lepas ni kita sama-sama kumpul EBM :D
ReplyDelete