Saturday, March 12

Sakit Belakang



Itulah yang saya rasa ketika berdiri lama di tepi sinki untuk membasuh pinggan-mangkuk atau duduk di lantai yang keras.  Ianya terasa ngilu di bahagian tulang belakang tersebut, dan jika ini berlaku, saya terpaksa menyengetkan badan ke sisi untuk mengurangkan kesakitan.  Jika aktif bergerak ketika memberikan syarahan, tidak pula terasa sakitnya.  Ianya berlaku beberapa tahun selepas kelahiran kedua.  Adakah kerana berat badan yang semakin bertambah dan tidak mampu ditampung oleh badan saya (tidak pasti) atau ada sebab lain.  

Ketika kelahiran kedua, doktor memberikan epidural berbanding bius penuh ketika melakukan C-sec.  Pernah saya mendengar, jika mengambil epidural ketika melahirkan, kemungkinan akan berlaku sakit tulang belakang.  Benarkah begitu?

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin