Baru-baru ini, permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi sedang dipertimbangkan oleh pihak atasan universiti. Calon-calon ini dikehendaki membentangkan kertas cadangan di peringkat fakulti dan saya tidak terkecuali. Setiap kali perlu membuat pembentangan, setiap kali itulah juga debaran menjadi iringannya (bagi sayalah).
Bidang yang akan saya kaji ada kaitannya dengan pencemaran udara, lebih menjurus kepada 'Environmental Statistics'. Selesai pembentangan, panel banyak mengemukakan komen dan usul yang perlu dipertimbangkan. Yang pentingnya, perlu berlapang dada menerima teguran mereka dan dengan senyuman (tak tahu jawab pun ya juga). Kan "saya mak budak baru belajar", hehehe.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?