Thursday, January 6

Sembang-sembang selepas balik sekolah


Adik rajin bercerita.  Kakak pula bercerita apabila ditanya.  Ketika dalam perjalanan balik, adik bercerita.

(I)

"Ummi... adik tak ada homework lagi" (mentang-mentang dia sudah senior)

"Kan baru saja mula sekolah.  Budak-budak lain pun baru masuk saja.  Nanti bila dah lama-lama cikgu bagi homework lah"

"Oooo... nanti bila dah lama-lama sekolah baru ada homework?"

"Iya..."


(II)

"Ummi, kawan adik Ikram sakit jantung"

"Hah!  Mana adik tahu?"

"Cikgu bagitau. Cikgu bagitau Ikram tak boleh main ganas-ganas." (agaknya budak-budak lelaki di sana main ganas-ganas ke?)

"Oooo, ya ka?"

"Ya la."

"Sakit jantung tu apa adik?"

"Mana adik tau!"


( III )


"Ummi... tadi kawan adik sorang tak solat"

"Siapa?"

"Ikram"

"Adik kata Ikram kan sakit"

"Ya lah, sakit pun kena solat juga kan" (hmmm)

"Ok, nanti adik beritahu dia, orang sakit pun kena solat.  Kalau tak larat berdiri, boleh solat duduk".

"Macam duduk atas kerusi ka...", adik menyampuk

"Ya, duduk atas kerusi pun boleh solat"

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin