Thursday, January 20

Lens Lama


Lens lama itu tidak dibaiki kerana kosnya melebihi RM500.  Lebih baik dibeli lens yang baru untuk menggantikannya.  Siapnya sudah lama, dan sudah diambil di pusat servis pada 23hb Disember yang lalu.  Dan sehingga hari ini, barulah dibuka bungkusan itu.  Saya mencuba lens lama yang terendam di dalam air itu untuk melihat kualiti gambarnya.  Inilah hasil perbandingan antara lens yang elok (digital compact) dan juga lens yang rosak itu. 

 digital compact

lens yang rosak

 Ketara perbezaannya.  Saya masih lagi mencari lens yang sesuai untuk dipadankan dengan EOS1000D saya itu dengan harga yang berpatutan.  Sementara itu, mood untuk mengambil gambar juga tiada.  Sabarlah wahai mood, sehingga lens telah dibeli.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin