Otak saya sarat. Minda saya berat. Mempelajari sesuatu yang baru (atau yang sudah lama ditinggalkan) bukan suatu perkara yang mudah. Ianya tidak semudah membaca buku dan mengikut arahan yang ada. Ianya memerlukan guru untuk menunjuk ajar. Biarpun seseorang itu bergelar pensyarah, tetapi proses pembelajaran sentiasa berlaku dengan pertolongan seorang guru lain, boleh jadi, pensyarah yang lebih senior, atau lebih junior, atau juga pelajar sendiri.
Kata mudahnya begini. Ketika belajar 20 tahun yang lalu, kami yang berusia hampir 40 dekad ini, tidak menggunakan teknologi seperti internet atau telefon bimbit ber3G atau 4G. Sekarang ini, hampir keseluruhan maklumat boleh diperolehi di hujung jari saja. Mudahnya belajar sekarang ini berbanding dahulu, tetapi, pendidikan dahulu dapat juga melahirkan para akademik yang bergelar professor.
Penggunakan teknologi boleh dimanfaatkan untuk menjadikan proses pembelajaran itu lebih santai dan fun. Inilah cabarannya pendidikan zaman teknologi. Nampaknya guru/pensyarah juga perlu mengikut perkembangan zaman.
“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”
petikan dari sini.
Ilmu itu tidak datang dengan sendirinya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Rugilah jika kita tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Selamat berjuang untuk semua yang bergelar seorang pelajar!
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?