Monday, October 25

Zikir si Burung



Aturan alam.  Apabila malam mula melabuhkan tirainya, riuh kedengaran kicauan burung sambil terbang mencari sarang/dahan/tempat untuk berehat.  Malam = tidur bagi burung-burung ini.  

Kakak tamat sesi persekolahannya agak lewat, jam 6.30 petang.  Ketika kami tiba di plaza tol transit dan keluar, kicauan inilah yang menjadi hiburan.  Asyik benar mendengar riuh kicauan mereka ketika rona-rona langit keperang-perangan itu, ketika di ambang maghrib jam 7 malam.

Adik dan kakak asyik benar memerhatikan burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari mencari 'rumah' mereka.

"Tengok, burung-burung tu berzikir pada Allah"

"Burung mana boleh berzikir", jawab adik

"Burung berzikir di dalam bahasa burung lah.  Kita tak faham bahasa burung. Haiwan-haiwan lain pun berzikir pada Allah juga dalam bahasa mereka lah."

"Macammana kita tahu burung tu berzikir ummi?"

"Malam untuk berehat kan. Cuba adik tengok, bila hari nak malam saja, burung balik ke sarang.   Burung  pun reti ikut perintah Allah walaupun dia tak ada akal.  Dia tak terbang-terbang ke tempat lain lagi."

"Ooooo....", faham agaknya dia...

"Manusia saja yang ada akal fikiran, tetapi tidak mahu turut perintah Allah.  Malas solat, tidak mahu berbuat baik, tidak tutup aurat", sambil-sambil cuba mendidik kakak dan adik secara lembut.

Diam. 

Harap-harap pendidikan secara halus ini dapat dihayati oleh anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin