Sunday, September 26

Rai Syawal beserta Tahlil


 Perancangan awalnya majlis kecil-kecilan untuk meraikan pelajar-pelajar saya.  Memandangkan rumah saya yang kecil dan sempit, saya mengusulkan cadangan dibuat di rumah mak.  Tambahan pula, ianya berhampiran dengan UiTM, memudahkan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke sana.  Akhirnya ianya menjadi majlis tahlil untuk allahyarham bapak dan tetamu dipanjangkan kepada jiran (saudara juga) berhampiran rumah mak beserta saudara mak.  Memandangkan kami di pejabat turut menganjurkan jamuan yang di'host'kan oleh beberapa kumpulan pensyarah, saya hanya menjemput rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemui beserta seorang blogger yang selama ini hanya berbalas pesanan SMS serta panggilan telefon. 

Menu hari itu pelbagai, menu tempatan dan barat.  Laksa, bihun singapore menjadi menu utama ditambah dengan sate yang ditempah khas dari sepupu, spageti, nasi impit, kek prun, kek buah dan kek coklat serta yang paling istimewa, ayam BBQ.  Matlamat utama apabila menganjurkan majlis makan-makan, supaya tetamu yang hadir dapat menikmati makanan.  Bimbang-bimbang makanan tidak menepati citarasa tetamu yang hadir, tetapi, Alhamdulillah, nampaknya mereka yang datang berpuas hati dengan makanan yang ada.  Hati gembira mendengar ahli-ahli tahlil menikmati makanan dengan perasaan puas.  Semoga tetamu-tetamu ini turut menitipkan doa untuk kesejahteraan tuan rumah.  

 
 En. Mior dan keluarga (kawan suami)

 amboi...mek kecik ini yang beriya mengambil makanan

 ramai yang menanti ini

 alamak...hangus bbq ku

 silakan...jangan malu-malu 

 ahli kumpulan tahlil yang ramai tidak muat rumah

kumpulan pertama - KD1B

 kumpulan kedua - ED1A

 sepupu bersama abang saya (baju merah) - jaga api ke jaga ayam?

 rezeki adik ipar yang datang dari Sg. Petani

 kecoh benar mereka ini

 kumpulan ketiga - ED3G

Hati berbunga gembira kerana seorang rakan blogger sudi menjengah.  Saya pernah menempah homemade chocolate dari kak cik ini untuk majlis kenduri adik ipar tempohari.  Kak cik juga menerima tempahan untuk hantaran perkahwinan serta menganjurkan kelas membuat coklat.  Kek coklat yang dibawa kak cik sebagai buah tangan habis dimakan oleh anak-anak saya dan sepupu mereka di dalam tempoh yang singkat.  Sedaplah tu...

 berjumpa akhirnya dengan kak cik

 kumpulan terakhir tiba

 jejaka "kg belah dua" - ED3G

 bila yang terakhir, tolong kemaslah ya...

 sesi membungkus untuk anak-anak murid kg belah dua

Terima kasih kepada yang sudi datang untuk menolong dan juga datang untuk makan.  Kalau ada kekurangan layanan tuan rumah, mohon maaf lah ya... al-maklum, di dalam keramaian tetamu, mungkin ada yang terlepas pandang.  Kepada rakan-rakan lain yang tidak dijemput, bukan tidak mahu menjemput, di dalam hati saya jika boleh, kesemua rakan-rakan ingin dijemput kerana jika sebahagian dijemput, kelak ada yang terasa hati. InsyaAllah, kelak jika ada 'kenduri' besar-besaran, akan saya jemput lagi.  Tetapi yang lain-lain, jika ada yang tiba di kawasan Pulau Pinang, beritahulah, insyaAllah, saya bersedia menerima anda.

Perjalanan majlis sehari, tetapi persediaannya berhari-hari.  Namun, apabila semuanya berakhir dengan lancar, terasa leganya hati.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin