Wednesday, August 18

Ada awek

Ketika sedang berehat bersama anak-anak semalam, telefon bimbit saya berbunyi.  Panggilan dari pelajar saya yang bertanyakan tentang latihan sebagai persediaan untuk ujian hari ini. Si adik memasang telinga.

"Siapa tu umi?"
"Student umi..."

Seketika kemudian, telefon berbunyi lagi, kali ini, panggilan dari pelajar yang lain pula.  Kali ini agak lama kerana dia bertanyakan soalan.  Adik di sebelah sedang memasang telinga.  Selesai bercakap, dia bertanya lagi.

"Umi... tu sapa?"
"Student umi..."
"Oooo...umi ada awek aaaaa".... 

Hahahaha... saya tak dapat menahan ketawa.  Ada-ada saja.  Apalah yang dia faham perkataan "awek" itu.

Kakak pula menyampuk, "Adik...tu bukan awek la adik.  Kalau awek tu pompuan."

Adik tersipu-sipu.  Bila saya bertanyakan apa itu awek, adik tersengih menampakkan giginya yang rongak!  Hehehe.

Banyak betul vocabulary adik yang saya tidak sangka dia mengetahuinya.  Tiba-tiba saja ketika berbual, akan muncullah perkataan-perkataan yang kadang-kadang agak melucukan juga.

3 comments:

  1. anak cepat belajar dari kawan2 di sekolah. Dunia sekarang anak2 kita dapat access macam2.

    ReplyDelete
  2. itulah. Kelakar betul si kecik tu..memang pot pet pot pet ada ja bahan dia nak bercakap.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin