Bersambung dengan karnival falak. Pada hari tersebut, aktiviti pelancaran roket air terbanyak oleh peserta dari sekolah-sekolah yang terlibat sangat menarik perhatian ramai. Ada ketika penonton berlari-lari untuk mengelak "peluru" yang jatuh dari langit ketika parachute nya tidak kembang sepenuhnya ketika jatuh. Sangat merbahaya jika terkena kepala. Dari mula roket tersebut naik dan turun semula hanya mengambil masa sekitar 10 - 20 saat sahaja. Sangat pantas! Kanak-kanak sangat teruja ketika Prof. Chong mengajak bersama-sama countdown untuk pelancaran.
setiap pelancaran diselia oleh Prof. Chong, USM
3..2..1...lancarkan
roket yang jatuh semula
oppss... ada juga yang tersangkut di dahan pokok
Saksikan video pendek yang dapat dirakamkan.
Pada sebelah malamnya, konon-konon dapat mengintai gerhana bulan. Hasrat anak-anak untuk mengintai bulan tidak kesampaian kerana langit malam ditutupi awan.
kanak-kanak riang yang teruja untuk meneropong bulan
adik nak tengok...adik nak tengok...
bulan yang mereka cerap? sebelum itu dan dipaparkan di layar
Seronok juga sekali-sekala berpeluang menyertai aktiviti sebegini. Harap-harap nanti akan berkesempatan lagi meneropong bulan.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?