Sunday, September 20

Bersiaran dari Bandar DarulAman


Kami sudah tiba di Bandar Darul Aman pada hari Sabtu. Alhamdulillah, perjalanan ternyata lancar walaupun kenderaan agak banyak di lebuhraya berbanding hari-hari biasa.

Malam selesai isya', kami keluar ke pekan rabu. Jalan agak sesak dengan kenderaan orang ramai yang membuat persiapan di saat akhir. Ketika tiba di kompleks pekan rabu, suasana agak lengang. Ada juga gerai yang sudah ditutup. Mungkin juga ramai yang tertumpu di sekitar gerai-gerai jualan di bahagian bawah.

Saya lebih suka membuat persiapan awal untuk mengelakkan kesesakan begini. Di dalam keadaan sesak begini, kemungkinan berlaku jenayah ragut amat tinggi sekali jika ada yang terleka. Kami berjalan pulang sambil melihat telatah dan ragam orang-ramai di malam raya. Bermacam-macam feel!

2 comments:

  1. rajinnya ronda mlm2 ke ke ke... buat research ka?

    ReplyDelete
  2. saja dia nak tengok suasana malam raya di pekan rabu hehehe. Kain pelikat belum dibeli, begitulah jadinya.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin