Seingat saya, saya memulakan koleksi poskad ketika saya sedang menuntut di luar negara. Poskad dari pelbagai negeri menjadi kegilaan saya ketika itu. Sekarang ini, apabila sepupu yang berada di Tasmania mencadangkan agar diwujudkan kelab poskad, saya tidak melepaskan peluang. Ahli-ahli kelab poskad ini setakat ini adalah 6 orang termasuk saya, 3 di Malaysia, seorang di Bangkok, seorang di Netherlands dan seorang lagi di Tasmania.
Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya sudah membeli sebuah album untuk memuatkan koleksi poskad-poskad yang saya ada. Inilah sebahagian poskad itu.
Sebahagian poskad yang diterima dari Bangkok dan Netherlands, anak-anak paling teruja dengan poskad Tasmanian Devil yang unik ini
Menarik koleksi Ilah :-) hehe ... boleh simpan untuk generasi sekarang dan akan dtg. ;-)
ReplyDeletedah lama tinggal, cuma sekarang teringat balik untuk mengumpul semula poskad2 tu
ReplyDeletebetul tu pet, generasi akan datang tengok dah lain, contoh mcm Grand Canyon, dah ada skywalk...dulu takde
ReplyDelete