Puas dipujuk untuk dipotong rambutnya, tak mahu katanya nanti macam "boy"... hehehehe. Tapi jika tidak dipotong, agak kusut masai jadinya memandangkan rambutnya sedikit kerinting. Suami juga bersetuju jika dipotong saja rambutnya, senang untuk diurus. Ketika di rumah mak tempohari, rambut kakak dan sepupunya sudah siap dipotong. Jenuh dipujuk yang seorang ini untuk dipotong rambutnya. Setelah mendapat "pujian" dari sepupu-sepupu yang lain, "adik comei kalau potong rambut", barulah disua kepala kepada toknya untuk dipotong. Itupun, jenuh mengeliat.
Comel2...budak-budak...apa aksi, rambut tak sikat pun comel..cuma mak dan ayah yg sakit mata tgk anak2 selekeh tak terurus...Alya semangat nak potong rambut di kedai..sbb sebulan sekali asyik bwk afieq shj pegi kedai potong rambut...jadi Alya teringin nak potong rambut di kedai juga...tapi Ayahnya tak suka anak perempuannya berambut pendek...selalu Ayah tak benarkan rambut Alya dipotong pendek...Ayah sekadar trim sendiri rambut depan Alya di rumah...sbb tu Alya cemburu pada adikya yg selalu dpt potong rambut di kedai...entah apa yg seronoknya potong rambut di kedai pun tak tau....
ReplyDeletenoni, memang la akak suka tengok budak2 perempuan berambut panjang, tapi kalau tak terurus, semak tengok... anak-anak akak bukan jenis melawa, rambut selebet je..nak ikat, sekejap je yang lekatnya..lebih baik pendekkan saja. Nanti dah besar, dah boleh 'melawa' bolehlah berambut panjang.
ReplyDeletehehe anak2 sy tak susah fikir pasal rambut. abah depa suka potong mcm ala askar , nak jimat tak payah selalu kena pi kedai. muhammad jelah yg tak tahan sbb dia nak melawa.
ReplyDeletealhan, anak lelaki lebih mudah diurus rambut...potong ala askar, senang kan..
ReplyDelete