Tuesday, November 18

Tol

Baru mendapat perkhabaran tentang diskaun yang akan diberikan oleh PLUS dan ELITE. Diskaun diberikan untuk pengguna dari jam 12.00 tghmalam - 7.00 pagi bermula Januari 2009. Pada pandangan saya yang tidak seberapa ini, diskaun sepatutnya diberikan kepada pengguna yang menggunakan Touch n Go kerana pengguna sudah mendahulukan wang untuk menggunakan lebuhraya tersebut. Mungkinkah nanti akan dipertimbangkan? Harap-harapnya begitu.

3 comments:

  1. kenapa diberikan diskaun pada pukul 12mlm onwards. adakah kerajaan ingin mengalakkan kita travel di malam buta? Saya silau bawa kereta waktu malam. jika awal pagi OK, nyaman dan tenang. biasanya kami travel pukul 4 pagi, singgah subuh di RnR dan kemudian tiba di Kl dlm pukul 9 pagi. Dapat diskaun tak ye jika tiba di Kl sudah melepasi pukul 7 pagi...

    ReplyDelete
  2. Betul tu...yg dah bayar prepaid tuk touch n go dan smarttag patut dapat discount lebih sbb kita dah bayar in advance ...

    ReplyDelete
  3. alhan,
    tak pasti pulak macammana perlaksanaannya tu. akak pun sama, waktu malam memang silau, dulu tawakkal je masa balik dari kelas USM waktu malam.

    akak,
    betul tu, kalau syarikat lagi banyak top up, beratus-ratus sekali top up..depa dah untung banyak dah...

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin