Semalam ketika mengambil anak-anak dari rumah tok mereka, kelihatan ok saja. Ketika di rumah, adik yang tidur di sofa, tiba-tiba muntah. Selalunya ketika batuk dia akan muntah. Ini tiba-tiba sahaja. Sewaktu mencuci muntah, terlihat sedikit cirit di diaper nya. Malam pula, 2 kali muntah dan cirit. Jam 10 malam, terpaksa juga mencari klinik yang masih dibuka. Tidak kisahlah walaupun bukan klinik panel, asalkan hati ini tenang melihat adik yang semakin lembik. Selepas makan ubat, adik lena keletihan, tidak menjamah sebarang makanan dan air, minum saja, akan muntah semula. Jam 12, cirit nya menjadi semula, habis tilam dan cadar kebasahan.
Selepas cirit, suhu badan semakin panas. Adik asyik merengek tidak selesa. Saya juga tidak dapat tidur semalaman kerana awas dengan keadaan adik. Risaunya hati saya. Semalam juga saya bersihkan baju yang kotor akibat muntah dan cirit sehingga jam 2 pagi. Pagi ini bangun dengan keadaan yang agak khayal. Sudahnya kakak juga tidak ke sekolah. Tidak mengapa kerana sekarang ini tiada lagi aktiviti pembelajaran, kecuali berlatih untuk persembahan hari penyampaian hadiah. Abahnya juga terpaksa mengambil cuti separuh hari kerana keletihan tidak dapat tidur semalam.
salam k ilah,
ReplyDeletekesian adik...salah makan pun...begitula ibu dan ayah...kalau anak2 tak sihat badan ja..mesti tak boleh lelap walaupun sekelip...
satu lagi kita di area kepala batas ni susah sikitkan nak cari klinik...yg saya tahu klinik B*rs*t* panel UiTM tapi suami tak percayakan Drnya...sbb jiran memberitahu Dr di situ selalu tersalah memberi ubat...minggu lepas juga Alya tidak sihat..jadi sy sebab tak tahu kemana nak tuju..sy ke Klinik Aqid n Surgery...tp bila tnykan jiran di kebanyakan mereka syorkan klinik Bestari (bersebelahan kolej komuniti)..katanya ubat di situ serasi dgn budak2...dan Dr nya juga dikatakan adalah ex-pediatrician di HSJ ni dulu...
W'salam noni,
ReplyDeletesemalam pun k.ilah ke klinik dr. aqib tu. klinik bestari tu selalu ramai orang, berapa kali kami nak ke sana, berderet orang sedang menunggu. Lagipun, dr. kanak-kanak yg dimaksudkan tu, cuma ada hari-hari tertentu. Kalau kes emergency macam ni, tak de harapan juga lah.