Tuesday, November 11

Intipati TDMHE

Saya membaca Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok dengan perasaan yang bercampur-baur. Sukar digambarkan dengan kata-kata, namun ianya terasa meresap halus ke dalam sanubari. Benarlah bagai dikata, membaca buku ini seakan melihat ke dalam diri kita sendiri. Terasa malu dan hinanya aku ya Allah.

Antara intipati yang dapat saya nukilkan di sini:

1. Berdoa, berdoa dan berdoa, kerana doa merupakan senjata orang-orang mukmin.

2. Beramallah dengan amalan kecil tetapi secara istiqamah.

3. Jangan memandang rendah kepada mereka yang buruk akhlaknya sebaliknya, berdoalah agar mereka mendapat hidayah.

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memperkecilkan-kecilkan kaum lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diejek tersebut) lebih baik daripada mereka (yang mengejek). Dan jangan pula wanita mengejek wanita lain, kerana boleh jadi mereka (yang diejek) adalah lebih baik daripada mereka (yang mengejek). Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk selepas iman. Sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” - Al-Hujuraat : 11

Peringatan untuk diri sendiri yang selalu terlalai.

2 comments:

  1. Benar akak. Doa memang senjata utama kita. Saya amat bersyukur sempat membaca buku travelog haji prof kamil dan sempat mengenali beliau sehingga hari ini. Beliau dengan cara tersendiri dakwahnya begitu banyak mengesani diri ini.

    ReplyDelete
  2. akak rasa, dakwah yang ditonjolkan oleh beliau lebih kepada perwatakan dan amalan beliau, lebih kepada dakwah secara amalan, lebih terkesan.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin