Sepanjang 16 hari Ramadhan ini, sudah acap kali mendapat perkhabaran kehilangan saudara atau saudara kepada rakan-rakan. Seawal jam 7 pagi, mak telefon membawa perkhabaran ibu saudara pupu telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Saya dan suami ke sana selepas menghantar anak-anak ke sekolah. Mujur sempat menatap wajah nya untuk kali terakhir sebelum beliau dimandi dan dikafankan.
Istimewanya saya rasa, kelihatan ramai sekali yang mengiringi jenazah beliau sehingga tidak cukup ruang rumahnya. Mungkin khidmat baktinya sebagai guru di Sekolah agama menjadikan beliau mendapat kemuliaan ini. Anak-anak murid tidak putus berkunjung serta membacakan ayat-ayat Al-Quran selepas subuh sesudah mendapat perkhabaran duka itu. Begitu juga di saat jenazah diiring untuk disembahyangkan, anak-anak murid ini jugalah yang turut mengiringi beliau.
Semoga roh Mak Cik berada di dalam himpunan orang-orang saleh di Sana. Al-Fatihah. Takziah untuk Pak Cik di atas kehilangan ini.
Di dalam ramai tetamu yang hadir, mak beritahu, ternampak bekas guru sekolah rendah saya, Cikgu Aisyah (Lin ingat lagi tak?). Sempat bersalam, saya memperkenalkan diri padanya. Alhamdulillah, dia masih mengingati saya. Sempat bertanya khabar sebelum beliau menghilangkan diri di kalangan tetamu untuk melihat jenazah untuk kali terakhir. Kami bersaudara rupanya, saudara bau-bau bacang!

Ingat... mak Ella kan cikgu Aisyah tu... rajin gak jumpa dia... sebab pi jumpa Ellah :) hmmm al-Fatihah untuk arwah.
ReplyDeletebetul lah tu..dah lama tak jumpa dia pun
ReplyDeleteakak pun ingat cikgu Aisyah tu..tapi mesti cikgu tu tak ingat akak sbb....masa sekolah tu low profil..hahahahahahha
ReplyDeleteakak dulu kena kat dia jgk kan? mana tau kot2 dia ingat
ReplyDelete