Thursday, July 31

Alor Star

Sebenarnya, semasa pagi di Cameron Highland tu, suami dapat berita, ayah telah dimasukkan ke dalam wad. Sebelum ini ayah memang pernah dimasukkan ke dalam wad kerana masalah jantung.

Sampai di rumah, keluarkan baju-baju terpakai, dan kemaskan serta gantikan dengan baju yang bersih. Hmm... rasa letih juga bila dah sampai rumah dan duduk-duduk mandi. Selepas maghrib bertolak ke Alor Star pula.


Sampai di sana, kebetulan mak juga sudah bersiap sedia untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, hospital yang penuh dengan kontroversi dulu itu. Terus kami pun berangkat ke sana. Ambil giliran untuk melawat ayah di Wad Pemulihan Jantung kerana hanya 2 orang pelawat dibenarkan ketika itu serta kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat. Kata ayah, darahnya pekat, jadi jantung agak bermasalah untuk menjalankan fungsinya.


2 hari di Alor Star, sempat berjalan-jalan sekitar bandar diRaja Anak Bukit menyaksikan sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah.



Alhamdulillah, Isnin tengahari ayah sudah kembali ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin