Thursday, June 12

Sampul Surat Hari Pertama - Part 1

Semalam, ketika menemani kawan untuk membeli beg sekolah anaknya, terpandang di rak bahagian alatulis...


Saya tidak ingat sejak bila saya mula mengumpul Sampul Surat Hari Pertama, sekitar tahun 84 @ 85. Nanti akan saya cuba susun semula kesemuanya.

Koleksi sampul surat saya itu masih tidak tersusun kemas lagi... sudah beberapa tahun ditinggalkan. Ketika di sekolah menengah, sampul-sampul surat ini cuma diperolehi dari Pejabat Pos Bukit Mertajam. Itu pun jenuh beratur panjang untuk mendapatkannya. Selalunya arwah ayahanda yang tolong mendapatkannya. Minat ini dikongsi bersama dengan beliau. Dan sampul surat ini dalam simpanan saya sekarang selepas ayahanda meninggalkan kami pada 1 Jun 2006 yang lalu. Ketika mengemas segala surat-menyurat yang disimpan ayahanda, saya ter'jumpa' kembali dengan khazanah ini. Cuma beberapa bulan yang lepas saya membawanya kembali ke rumah untuk dikemaskinikan susunannya.

album yang pertama diperolehi untuk penyimpanan

Ketika saya melanjutkan pelajaran di Universiti dan sehingga bekerja, ayahanda jugalah yang bersusah payah memasukkan wang ke dalam kelab Filatelli untuk mendapatkan sampul surat pada tarikh-tarikh tertentu. Senang...kerana setiap kali keluaran, Kelab Filatelli akan mengirimkan sampul surat dan mengkreditkannya dari wang yang telah dimasukkan. Malah, segala urusan penyimpanan juga dilakukan oleh ayahanda.

ada juga yang dimasukkan ke dalam clear folder

Semalam, ketika saya menyusun semula sampul-sampul surat ini, saya teringatkan arwah.... saya amat kagum dengan beliau kerana dia akan cuba mendapatkan apa yang menjadi kegemaran kami adik beradik.

Tarikh terakhir sampul surat bertarikh 7 Mei 2001. Hmm... agak lama saya tidak mendapat sampul surat hari pertama ini. Di dalam hati, teringin ingin meneruskan kembali minat saya dan arwah ayahanda..namun, kewangan agak membataskan minat ini. Tapi..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan...akan dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet rumah nanti...hehehe.

Sampul surat "terkini", Pertabalan Raja Perlis, 7 Mei 2001

Saya menyusun dari sampul surat yang terkini hingga ke tahun sebelumnya. Di dalam album yang memuatkan 20 sampul, inilah yang terakhir untuk album ini.

Jubli Perak Pemerintahan Sultan Pahang, 23 Oktober 1999

Setimbun lagi yang saya belum kemaskinikan untuk dimasukkan ke dalam album. Kerja menjadi agak perlahan kerana ada "assistant" yang sukarela untuk menolong...siapa lagi.. kalau tidak anak-anak berdua itu...hehehe.


Setem yang kita pakai sekarang ini, dikeluarkan sejak 25 Oktober 1986.. dah lama kan?

2 comments:

  1. Bestnya minat kumpul sampul hari pertama. Saya fikir elok Kak Ilah wariskan kepada anak-anak hobi tu.

    ReplyDelete
  2. Lepas susun semuanya nanti, akan k.ilah ceritakan pada anak2. Sekarang ni masih tertangguh misi penyusunan selanjutnya..hehehe.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin