Friday, June 20

Persoalan menarik...

Agaknya sudah seminggu saya membeli majalah Anis, tetapi masih belum berkesempatan membacanya. Ketika sedang menunggu pelajar-pelajar menjawab ujian mereka, sempat saya membelek-belek isi kandungannya.

Mata tertangkap pada ruangan soal-jawab agama yang dibimbing oleh Ust. Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Pembaca bertanyakan tentang hukum seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat, contohnya: rambut, dan sebagainya di hadapan lelaki bukan mahramnya, dan apakah balasannya di akhirat kelak.

Antara petikan jawapannya adalah, suami itu berdosa kerana suami dikira pemimpin yang sewajibnya memberikan pimpinan dan nasihat yang baik kepada isterinya. Mengenai balasannya, suami tadi akan dimasukkan ke dalam api neraka melainkan jika dia bertaubat kepada Allah dan tidak berlaku cuai lagi dalam memimpin isterinya.

Beratkan tanggungjawab suami?

Untuk suami-suami, bakal-bakal suami : Didiklah dengan penuh tanggungjawab serta berhikmah akan amanah yg diberikan kepada kamu. Segala dosa-dosa isteri adalah di bawah tanggungan mu.

Untuk isteri-isteri, bakal-bakal isteri : Penuhilah tuntutan syariat, janganlah disebabkan anda, suami akan terjebak ke dalam api neraka. Berhiaslah hanya untuk pandangan suami mu sahaja.

"Ya Allah, Selamatkanlah aku, dan keluargaku dari fitnah dunia. Kurniakanlah kebahagiaan Dunia dan Akhirat kepada Kami". Amin.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin