Thursday, November 6

Kasihan Kakak

Semalam sewaktu sampai ke rumah, kakak pula muntah, terkena karpet dan lantai. Abahnya belum sampai ke rumah. Dengan adik yang menjerit-jerit minta dilayan serta kakak di dalam bilik air kerana muntah, saya keletihan. Saya terus mencuci lantai yang berselerak dengan tompokan muntah dengan iringan background music yang membingitkan telinga. Aduh...kurniakanlah kesabaran kepada HambaMu ini ya Allah.

Malamnya, sekali lagi ke klinik. Kali ini klinik yang berlainan kerana adik masih belum sembuh dari cirit-biritnya dan muntah. Klinik Best*ri berhampiran rumah mempunyai doktor pakar kanak-kanak, tetapi saya tidak pasti adakah doktor itu bertugas pada waktu itu. Kami ke situ saja. Ramainya orang yang menunggu giliran, kami selesai berurusan sejam kemudian. Mujur anak-anak tidak meragam tetapi tidak senang duduk, sekejap duduk, sekejap baring. Kakak, sampai di klinik, ketika urusan pendaftaran, terpaksa berkejar ke bilik air kerana ingin muntah.





Bagi para ibubapa, berhati-hatilah ketika makan di luar, sekarang ini, musim cirit-birit agaknya.

2 comments:

  1. moga puteri2 akak segera sembuh. betul seperti musim la ni kanak2 muntah n cirit birit. Anak2 saya pun hari tu kena juga. memang letih.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin