Cuti Tahun Baru Cina yang lalu tiada perancangan khusus. Hampir 11 tahun balik ke Alor Setar, masih ada lagi tempat-tempat menarik yang tidak dikunjungi. Pusat Sains Negara cawangan utara ini adalah keputusan secara spontan ketika berada di dalam kereta di dalam perjalanan balik dari pekan rabu.
 |
| harp tidak bertali (lupa apa namanya) |
Anak-anak berlari ke sana ke mari mencuba pelbagai aktiviti yang ada.
 |
| Slot parabolik |
 |
| segiempat ajaib |
 |
| orang kenit |
Anak-anak paling teruja di sini. Pengunjung disediakan dengan kain bercorak sama seperti latar belakang (seperti baju kelawar). Di dalam gambar, ianya seperti tidak berbadan.
 |
| ilusi optik |
Pengunjung disediakan dengan kacamata 3D untuk 'Wayang' 3D tentang bumi dan kehidupannya.
Adik menjerit-jerit di dalam replika rumah yang dilanda 'gempa bumi' berskala kecil, sederhana dan besar. Di pusat sains negara Bukit Kiara disediakan kerusi, tetapi apabila berdiri, impaknya lagi terasa.
 |
| simulasi gempa bumi |
 |
| kakak beritahu seperti tengkorak itu mengikutnya |
 |
| comelnya... |
 |
| kakak di dalamnya |
 |
| ingin terbang ke langit |
 |
| simulasi puting beliuang |
Kualiti gambar kurang memuaskan menggunakan tablet. The Ice Age, kawasannya agak terhad.
 |
| lari...dinosaur kejar |
 |
| underwater world |
Walaupun agak kecil dan kurang aktiviti berbanding Pusat Sains di Bukit Kiara, anak-anak masih dapat belajar sambil bermain di sini.