Penjelajahan kami diteruskan ke Gulau. Kediaman ini dihuni oleh seorang ibu tunggal yang baru kematian suami lebih kurang 4 bulan lalu. Suaminya mengidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Ibu yang berumur 35 tahun ini mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan hanya RM150/bulan! Beliau mempunyai anak berusia 14 tahun dan 5 tahun.
rumah tempat berteduh mereka 3 beranak |
dapur |
anak yatim |
Rasulullah s.a.w amat menyukai anak yatim kerana baginda sendiri adalah seorang yatim piatu.
"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.”
semoga anak ini dapat keluar dari belenggu kemiskinan |
Destinasi berikutnya adalah Masjid Nami untuk bersolat zohor serta mengagihkan sumbangan kepada 23 keluarga dari kawasan sekitar.
wakil UiTM, pengerusi kelab pensyarah menyampaikan sumbangan |
kami |
Kembara saya sekeluarga berakhir di sini saja kerana suami juga ada kerja yang harus disempurnakan. Rakan-rakan UiTM lain meneruskan kembara mereka ke destinasi akhir, Pondok Ahmad Nahu di Jeneri.
Setiap kenangan bertemu wajah orang yang menerima sumbangan terpahat di hati saya. Semoga generasi pelapis mereka dapat meneruskan pendidikan mereka walaupun di dalam serba kedaifan supaya dapat membawa keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
Memetik kata-kata YDP Wargakilang Tengah, ada hikmahnya kenapa Allah jadikan orang kaya dan orang miskin, supaya yang kaya dapat membantu yang miskin.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Akhir kalam, "Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Sumber hadith di sini.)
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?