Pages

Tuesday, September 10

[Resepi] Cupcake yang tersangat ringkas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt.

Asalnya resepi Nutella (dari sini)... hanya tiga bahan sahaja yang digunakan.  Saya tidak menggunakan Nutella, tetapi sejenis sapuan koko yang seakan Nutella.  

Hasilnya...


1 cawan Nutella (atau yang sewaktu dengannya)
10 sudu besar tepung gandum
2 biji telur

Kesemua bahannya dicampur.  Bakar di dalam preheat oven 180*C selama 20 - 30 min (atau sehingga masak).  

Sangat mudah, cuma yang ini, rasanya agak manis, mungkin perlu sedikit pengubah suaian untuk mengurangkan kemanisan koko tersebut.  

Selamat mencuba! :)

2 comments:

  1. ulasan tak dak kaitan... camna aku nak delete area yg luas kat mula2 blog aku tu? tersilap camna ntah leh jadi gitu...

    ReplyDelete

Apa kata anda?