Projek ini bermula secara tidak sengaja ketika menemankan sahabat ke sebuah gedung hiasan/bungaan/perkahwinan baru-baru ini.  Ketika meninjau tanpa tujuan, saya terpandang kain felt berbentuk bunga yang tersusun pelbagai saiz dan warna.  Idea mula timbul untuk menghasilkan sesuatu dari material itu.  Dan inilah hasilnya - keronsang pelbagai kombinasi warna.
Anak-anak teruja memadankan warna dengan manik kristal yang terhad dan kakak sudah bercadang ingin  menjual kepada rakan-rakan.
| keronsang saiz besar menggunakan manik kristal | 
| keronsang bersaiz kecil | 
| belakang keronsang bersaiz besar | 
| keronsang bersaiz besar | 
Update : Saya menggunakan teknik jahitan untuk mencantumkan kelopak bunga dan gam panas (hot glue) untuk melekatkan manik dan pin tersebut.
Perancangan saya, mungkin keronsang-keronsang ini akan diletakkan di kedai suami sebagai tambahan barangan kedainya.
amboiiiiiii rajinnyaaaaaa..
ReplyDeletemood rajinnnnn :D
ReplyDelete