Kakak sangat teruja untuk menghadiri hari anugerah cemerlang sekolahnya. Awal-awal lagi sudah disediakan kelengkapan baju sekolahnya.
| Genetik siapa agaknya terlentok ketika diambil gambar |
Alhamdulillah, kakak berjaya mendapat tempat di dalam senarai 25 teratas untuk keseluruhan kelas. Dengan 4A 1B yang diperolehinya meletakkan kakak di tempat yang ke-18 keseluruhan. Pihak sekolah menyediakan anugerah untuk 25 pelajar terbaik beserta anugerah matapelajaran sebagai galakan kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun. Semoga murid-murid ini bermotivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh.
| lengkap berjubah |
Hebat murid-murid sekarang ini. Ketika mengambil anugerah telah merasa memakai jubah. Ketika zaman saya dahulu, jubah hanya disarung ketika majlis konvokesyen ijazah pertama sahaja. Sangat teruja ketika itu.
| budak yang hanya beraksi dengan piala kakaknya |
| kakak bersama rakan karibnya |
Kata kakak, dia akan berusaha lebih lagi untuk mendapat nombor yang lebih baik. Tahniah kakak. Semoga kecemerlangan sentiasa mewarnai hidup kakak, dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?