Kecil dan comel... begitulah gambaran ketika kali pertama melihatnya. Tujuan asalnya ke kedai buku untuk membeli buku teks gantian kerana kakak menghilangkan buku teks sekolahnya, sudahnya, ada lagi iringan lain yang 'terbeli'. 'Ter' katanya. Memang tiada di dalam perancangan pun. Ketika meletakkan buku yang dibeli di kaunter bayaran, mata melilau ke serata sudut kedai. Terpandang pula susunan buku-buku kecil ini di rak katalog. Apabila dibelek harganya, tidaklah semahal mana. Apabila dibelek isi kandungan, dengan tulisan besar, ringkas dan padat serta berwarna-warni, menarik juga. Tangan mula mengambil satu demi satu buku yang ada. Oh, banyak juga. Ada 32 Pocket Fables Series ini yang berupa siri teladan yang berwatakkan haiwan. Akhirnya 'terambil' 15 buah buku ini, itupun mengambil kira yang RM di dalam dompet tidak sebanyak mana yang tinggal. Rasanya jika banyak RM di dalam dompet, harus kesemua siri tersebut saya angkut. Inilah susahnya apabila ke kedai buku, begitu juga anak-anak, rambang mata dibuatnya, dan seperti ingin diborong kesemua buku yang ada. Itu belum lagi dikira Pesta Buku yang dianjurkan sekali-sekala. Sekurang-kurang pasti ada 1 atau 2 buku (minimum) yang dibeli.
susunan buku di dalam kotak koko, mudah-alih
inilah koleksinya
perbandingan untuk mengetahui saiznya
tangan siapakah itu?
Koleksi ini diterbitkan oleh Kohway & Young dan harganya RM1.95 (WM) dan RM2.15 (EM). Saya mendapat harga RM1.75 sahaja sebuah. Bolehlah digunakan sebagai bahan bacaan ketika di dalam kereta untuk jarak perjalanan yang dekat/sederhana.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?